Date: Selasa, March 22, 2022
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi  Projek Pembaikan Cerun di Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur telah diadakan pada 15 Mac 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Asrama Tenis, Jalan Duta , Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.
Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md. Rabani, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur kepada En. Mohamad Sapuan Bin Mat, Ketua Pegawai Kejuruteraan dan Senggara, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan disaksikan oleh Ir. Haji Abd Rahman Bin Pandi, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Perbadanan Stadium Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sri Sawah Enterprise.
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Sri Sawah Enterprise bermula pada 25 Mac 2021 dan telah berjaya disiapkan pada 18 Februrai 2022. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan sheet pile, soil nailing, dan kerja-kerja bekaitan sepeti drainage dan close turfing
 
Projek ini juga berjaya disiapkan secara 6 dalam 1 iaitu:
  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
  3. Penyata akaun muktamad (SOFA)
  4. Penjimatan kos projek sebanyak RM 67,335.00
  5. Zero Major Defect
  6. Zero Lost Time Injuries
 
Syabas diucapkan kepada pihak kontraktor projek ini iaitu SRI SAWAH ENTERPRISE kerana telah berjaya merealisasikan projek ini serta diserahkan kepada pihak pelanggan dengan sempurna dan teratur. Adalah menjadi harapan agar pihak kontraktor dapat mengekalkan momentum untuk meneruskan tanggungjawabnya di sepanjang tempoh tanggungan kecacatan selama 1 tahun dari tarikh siap kerja.
Setinggi- tinggi penghargaan kepada Perbadanan Stadium Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Pasukan Projek JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak Kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Projek Pembaikan Cerun Di Kompleks Sukan Jalan Duta Kuala Lumpur ini.
 

Wakil Pelanggan Encik Moamad Sapuan Bin Mat, Ketua Pegawai Kejuruteraan dan Senggara Perbadanan Stadium Malaysia, Pihak HOPT, Ir. Haji Abd Rahman bin Pandi Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Pegawai Penguasa, YBhg. Dato’ Norman Bin Md. Rabani, Pengarah JKR WPKL dan pegawai-pegawai daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sri Sawah Enterprise.

Pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan sheet pile dan kerja-kerja berkaitan seperti drainage dan close turfing (Lokasi 1).

 

Pembaikan cerun dengan kaedah pengukuhan cerun menggunakan soil nailing dan kerja-kerja berkaitan seperti drainage dan close turfing (Lokasi 2).