Date: Jumaat, April 28, 2017

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Landasan Terbang di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2017 di Bilik Mesyuarat, Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang.

Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Mej. Jen. Dato’. Dzulkarnain bin Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Perancangan Dan Pembangunan, Markas Tentera Udara (MTU), YBhg Dato’ Ir Hj. Hamizan bin Mohd Inzan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), pihak pengguna, Pasukan Projek JKR, Pasukan Rekabentuk JKR, Kontraktor (DSE Construction Sdn Bhd) serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan projek ini.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dengan siling projek sebanyak RM36 Juta. Pemilihan kontraktor telah  dibuat secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah DSE Construction Sdn. Bhd. Kos projek sebanyak RM30,710,780.00. Tarikh Milik Tapak pada 15 Oktober 2014 dan Tarikh Siap Asal adalah pada 11 Oktober 2016. Projek ini telah diberi dua Tempoh Lanjutan Masa (EOT) dan siap sepenuhnya pada 15 Mac 2017 dengan Kos Muktamad RM26,26460,717.71 dengan penjimatan sebanyak RM4,44,948.29.

Sign Off dan Penyerahan Dokumen Serahan Projek di antara pihak JKR dan TUDM telah disempurnakan  oleh Pegawai Penguasa, Bahagian Pangkalan Udara, CKIP, Ir. Hj. Abd. Halim bin Ibrahim dengan Pegawai Staf 1 Infrabina, Markas Tentera Udara, Lt. Kol Hj. Din bin Abu Bakar.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh YBhg Dato’ Ir Hj. Hamizan bin Mohd Inzan selaku Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) kepada pegawai JKR yang terlibat dalam perlaksanaan dan penyiapan projek.