Date: Isnin, Julai 3, 2023

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Akademi Latihan RELA Sungai Udang Fasa 2 disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ismail Bin Abdul Rahman, Pengarah JKR Melaka dan disaksikan oleh YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka.

Projek Pembinaan Akademi Latihan RELA Sungai Udang Fasa 2 telah dijalankan oleh Syarikat Privillege Saga Sdn. Bhd. bermula pada 14 Februari 2019 dan siap sepenuhnya pada 19 Mei 2023 iaitu 2 hari lebih awal.

Skop kerja yang terlibat bagi projek ini adalah:

1. Dewan Serbaguna

2. Asrama Pegawai

3. Kuarters Kakitangan Kelad F

4. Menara Latihan

5. Setor Senjata dan Setor Peluru

6. Makmal Komputer & Bilik Seminar

7. Menara Tangki Air

8. Rentas Halangan

9. Garaj Kenderaan

10.Blok Bangunan Sokongan

 

Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan kriteria serahan 9 dalam 1 dan melepasi sasaran awal 3 dalam 1. Kriteria 9 dalam 1 tersebut ialah Perakuan Siap Kerja (CPC) - 19 Mei 2023, Penyata Akaun Muktamad (SOFA), Lukisan Siap Bina (As Built Drawings), Penjimatan daripada kos kontrak asal, Mencapai kepuasan pelanggan, Zero Major Defects, Zero Lost Time Injuries (LTI), Coffee Table Book dan Projek siap awal daripada jadual.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Tuan Zahari bin Khalil, Timbalan EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan dan Puan Farhana Liyana binti Kassim, Pengarah RELA Negeri Melaka serta wakil dari pejabat Kementerian Dalam Negeri.

Syabas dan tahniah kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri Melaka (PPPN) yang terlibat diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama), pihak Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku Pelanggan, pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selaku End User, Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) selaku HOPT bagi projek ini, Ketua Jurutera Elektrik Negeri (Cawangan Kejuruteraan Elektrik), Ketua Jurutera Mekanikal Negeri (Cawangan Kejuruteraan Mekanikal), Jurukur Bahan Penguasa (Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan), Jurutera Awam Kanan (Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur), Arkitek Kanan (Bahagian Arkitek), Perunding Ukur Bahan iaitu JB Consult, Kontraktor Utama iaitu Privilege Saga Sdn Bhd, dan semua NSC yang terlibat di atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan secara berterusan walaupun terdapat banyak cabaran yang dihadapi di sepanjang perlaksanaan projek akibat pandemic COVID sehinggalah projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Majlis Penyerahan Projek ini telah terbukti Jabatan Kerja Raya berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh Kerajaan.  Penyiapan projek ini adalah merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di JKR Melaka dalam usaha untuk menyediakan keperluan infrastruktur kepada jabatan kerajaan. Penyerahan projek ini akan memberi keselesaan kepada pihak RELA dalam menjalani sesi latihan di Akademi ini.