Majlis Penyerahan Pembinaan Asrama Tambahan Untuk Pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada pelanggan telah diadakan pada 9 Januari 2025 (Khamis).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR WPKL kepada YBhg. Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya dan seterusnya diserahkan kepada Yang Berusaha Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor ASWARA selaku end user dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).
Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 4 dalam 1 yang merangkumi:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing) dan Operation & Maintenance Manual (O&M);
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA); dan
- Penyediaan Coffee Table Book
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek JKR, kontraktor utama serta subkontraktor di atas kejayaan menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga JKR WPKL di atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan penyiapan projek.
- 993 bacaan