Date: Isnin, March 20, 2023

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Balai Bomba dan Kuarters Padang Matsirat, Langkawi, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mac 2023 (Khamis) bertempat di Balai Bomba dan Kuarters Padang Matsirat, Langkawi, Kedah.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan kepada YS. PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah. Majlis bertambah berseri dengan kehadiran YBrs. Ir Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan JKR Malaysia, YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah, YBrs. Tn. Mohammad Zaini bin Mohamud, Timbalan Pengarah ICU Negeri Kedah, YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdulah, Jurutera Daerah JKR Langkawi dan YBrs. Cik Anis Illyana binti Zainuddin, Pengarah Urusan Pedati Teguh Sdn. Bhd selaku Kontraktor Utama.

Pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman di mana Cawangan Kerja Keselamatan telah dilantik sebagai Pengurus Program. Pembinaan projek ini telah dipertanggungjawabkan kepada Pengarah JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa dan Jurutera Daerah Langkawi selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan syarikat Pedati Teguh Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai Kontraktor Utama dengan kos projek asal. Projek ini telah bermula pada 4 Julai 2019 dan siap sepenuhnya pada 16 Mac 2023. Di antara skop utama projek ini adalah ;

  1. Balai Bomba Kategori C (2 petak)
  2. Kuarters Kelas F (18 unit)
  3. Menara Latihan, Kolah Air & Padang Kawad
  4. Bangunan Sokongan; dan
  5. Kerja-Kerja Mekanikal & Elektrik

Dalam usaha pihak JKR memberikan produk akhir kepada pelanggan, penambahbaikan dalam pengurusan projek sentiasa diberi penekanan dan perhatian yang khusus. JKR sentiasa berusaha dalam memenuhi keberkesanan pengurusan projek dengan menambahbaik pencapaian agar projek yang dilaksanakan JKR dapat disiapkan memenuhi kriteria 3 dalam 1 iaitu ;

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 16 Mac 2023;
  2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  3. Lukisan Siap Bina

Disamping nilai tambah yang lain iaitu :

  1. Serahan kepada pelanggan pada tarikh CPC;
  2. Penjimatan daripada kos kontrak asal;
  3. Operation & Manual (O & M);
  4. Pendaftaran Aset Tak Alih dan Inventori;
  5. Zero Major Defects;
  6. Zero Lost Time Injuries (LTI);
  7. Coffee Table Book;
  8. Mencapai Kepuasan Pelanggan; dan
  9. Projek Siap Awal daripada Jadual (4 hari)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengarah JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa, Jurutera Daerah Langkawi selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama, Bahagian Arkitek JKR Kedah, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Kedah, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Kedah dan Cawangan Kejuruteraan Elektrikal Kedah selaku Wakil Pegawai Penguasa Pakar dengan kerjasama dan ‎sokongan yang sangat baik daripada Pasukan HOPT iaitu Cawangan Kerja Keselamatan dan Pasukan HODT yang terdiri daripada cawangan-cawangan pakar JKR Malaysia serta komitmen yang baik dari Pedati Teguh Sdn. Bhd. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak pelanggan iaitu Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta kepada semua yang telah menjayakan perlaksanaan projek ini. Diharapkan dengan penyerahan bangunan ini akan memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada penduduk Padang Matsirat Langkawi, Kedah.

.