Pada 24 Januari 2025 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Asrama Baharu di Kampus English Language Teaching Centre (ELTC), Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan & Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut hadir sama di majlis ini adalah YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset, YBrs. Puan Noor Akhmar binti Jais@Mat Jaih, Pengarah ELTC, dan YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan dan Jurutera Daerah Seremban.
Antara skop utama projek ini adalah membina bangunan asrama yang mengandungi 54 bilik ‘twin’ sharing’ yang boleh menampung seramai 108 orang peserta kursus pada satu-satu masa dan kemudahan asas lain seperti pondok pengawal, laluan berbumbung dan bangunan rumah pam bagi melengkapkan fasiliti asrama ini dengan kos berjumlah RM7.5 Juta.
Projek ini telah berjaya diserahkan secara 6 dalam 1 yang merangkumi:
- Penyerahan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Penyerahan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing);
- Penyerahan Manual Operasi dan Penyenggaraan (Operation & Maintenance Manual);
- Penjimatan Kos dari Kos Projek; dan
- Penyediaan Coffee Table Book.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini iaitu pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia, English Language Teaching Centre (ELTC), Cawangan Pendidikan JKR Malaysia serta JKR Negeri Sembilan khususnya kepada YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, pihak HOPT sebagai penyelarasan pelaksanaan projek, Jurutera Daerah Seremban sebagai Pegawai Penguasa, dan pihak HODT serta WPP Arkitek, Mekanikal dan Elektrik yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Selain itu, ucapan tahniah kepada kontraktor utama dan sub kontraktor yang terlibat kerana berjaya menyiapkan projek ini dengan komited.


- 372 bacaan