Pada 29 April 2025(Selasa), majlis penyerahan projek bagi Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah Dan 4 Bengkel Kemahiran Hidup di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor (Tawaran Semula) telah dilaksanakan bertempat di Dataran Rimbunan Budi, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Tuan Mohd Alias bin Awang, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A. Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP); YBrs.Tuan Muhammad Syamsul Hafidz bin Muhammad Sanusi, Jurutera Bangunan; YBrs. Puan Misliah binti Ahmad @ Jono, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat; YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor- ICU JPM; YBrs. Puan Hajah Hanizam binti Kassim, Pengetua SMK Telok Panglima Garang.
Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR Daerah Kuala Langat), Pasukan Kontraktor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Kuala Langat.
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvesional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Pendidikan manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat.Pelaksanaan kerja Projek ini bermula pada 26 September 2019 dan berjaya disiapkan pada 16 Mac 2025. Syabas dan tahniah diucapkan kerana projek ini dapat disiapkan pada tarikh siap semasa iaitu pada 16 Mac 2025.
Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja – kerja seperti berikut:
- Kerja Meroboh;
- Kerja Cerucuk;
- Membina 12 Bilik Darjah & 4 Bengkel Kemahiran Hidup;
- Membina Blok Sokongan - Rumah Pam, Gelanggang Bola Keranjang;
- Kerja Sekitar Bangunan - SSTS, Bekalan Air;
- Kerja WPS – Perabot Terlerai, Perabot Pasang Siap, Papan Tanda, Landskap; dan
- Kerja WKP – Bekalan Elektrik dan Sistem Pencegah Kebakaran dan Booster Pump System.
Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Pelanggan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, Pengurus Program (CKP), HOPT Bahagian Projek 2 (CKP) dan pihak kontraktor dan warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 182 bacaan