Majlis penyerahan projek bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri telah berlangsung pada 1 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Bangunan Tambahan Hospital Miri, Sarawak. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 2 selaku Pengarah Projek kepada YBrs. Encik Mohd Rashidi Bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut hadir sama menyaksikan majlis penyerahan projek adalah YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya; YB Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni; Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YB En. Adam Yii Siew Sang; Datuk Bandar Miri.
Acara kemudian diteruskan dengan simbolik penyerahan projek, menerusi sesi menandatangani Dokumen Penyerahan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 2 bersama YBrs. Encik Mohd Rashidi Bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sesi penyerahan kunci turut dilaksanakan di antara pihak kontraktor, Pasukan Projek Khas 2, Kementerian Kesihatan Malaysia dan seterusnya kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.Projek yang bernilai RM289.2 juta ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh kontraktor yang dilantik; Riaplus Sdn. Bhd. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 25 Jun 2020 dan siap pada 28 April 2024 iaitu awal dari jadual.
Bangunan Tambahan Hospital Miri ini termasuk dalam RMK-11 terletak di kawasan seluas 14.53 ekar bagi menyediakan fasiliti dan kepakaran berikut , Perkhidmatan pakar seperti General Surgery, Paediatrics, Obstetrics and Gynecology serta perkhidmatan Kecemasan. Dengan adanya bangunan tambahan ini, Hospital Miri berkebolehan untuk berfungsi sebagai sebuah pusat perkhidmatan kesihatan setanding dengan pusat kesihatan yang lain sejajar dengan pembangunan di Miri, Sarawak.
Bangunan tambahan ini direkabentuk dengan kapasiti dan keupayaan 328 katil lengkap dengan Wad Kelas Pertama, Wad wanita, Wad lelaki, kanak-kanak, Wad Obsterik, Main Operation Theatre (OT), Maternity OT, ICU, PICU, NICU, Unit Kecemasan, Bahagian Pengimejan, Klinik Doktor Pakar, Blok Mekanikal dan Elektrikal, 900 tempat letak kenderaan, 300 tempat letak motosikal, dan lain-lain kemudahan berkaitan.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 3 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:
- Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Project Completion, CPC);
- Statement of Final Account (SOFA);
- Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing);
Pencapaian lain-lain adalah seperti berikut :
- Operation and Maintenance Manual (OMM)
- Projek siap awal jadual
- Sifar Kemalangan
- Pendaftaran Aset Tak Alih dan Inventori
- Dokumen Penyerahan KKM (33 Senarai Semak)
- Mycrest 3 bintang, dan
- Coffee Table Book
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini terutamanya YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Projek, Pasukan Projek Khas 2, Cawangan Kerja Kesihatan selaku Head Of Planning Team (HOPT), Pasukan Head of Design Team (HODT) serta kontraktor utama; Riaplus Sdn Bhd yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.
- 2051 bacaan