Pada 27 Februari 2025 (Khamis), Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Selangor - Sekolah Kebangsaan Rtb Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Puan Helwa Binti Mohammad Zainal, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Insfrastruktur & Perolehan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sambil disaksikan oleh YBrs.Tuan Muhammad Syamsul Hafidz bin Muhammad Sanusi, Jurutera Bangunan; YBrs. Puan Misliah Binti Ahmad @ Jono, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat; YBrs. Encik Hamid Bin Mohamad @ Asanar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan dan YBrs. Puan Rosmawati binti Sidek,Guru Besar SK RTB Bukit Changgang. Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Pasukan Pejabat Selia Tapak (JKR KualaLangat), Pasukan Kontraktor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta warga Sekolah Kebangsaan RTB Bukit Changgang, Kuala Langat.
Pelaksanaan kerja projek ini bermula pada 02 September 2024 dan berjaya disiapkan pada 17 Februari 2025. Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvesional Dalaman di mana Pengurus Program adalah cawangan kerja pendidikan, manakala Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah JKR Kuala Langat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pelanggan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.
Pautan video: MONTAJ PENYERAHAN PROJEK
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 406 bacaan