Date: Khamis, Julai 26, 2018

Majlis penyerahan BANGUNAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE), UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) telah diadakan pada 24hb Julai 2018 (Selasa) di tapak projek pada jam 10:30 pagi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Ar. Zairul Azidin Bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBrs. Prof. Dr. Hashim Bin Saim, Dekan (Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) UTHM, selaku wakil Pelanggan.

Turut menyerikan majlis ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Asri Bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), YBrs. Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad, Penolong Naib Canselor (Perancang Strategik Dan Perhubungan Korporat), YBrs. Ir. Hj. Mohd Said Bin Sidik, Timbalan Pengarah JKR Negeri Johor selaku Pegawai Penguasa (PP), YBrs. Ir. Hj. Alias Mohd Zin, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP), YBrs. Sr Hanawati Hashim @ Nordin, Juruukur Bahan Penguasa selaku wakil Head Of Project Team (HOPT) Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) serta pihak Kontraktor, YBhg. Tan Sri K.C. Lim, Pengarah Urusan, Pembinaan Hamid Abd. Rahman Sdn. Bhd.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Negeri Johor selaku Pegawai Penguasa dan pasukannya, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP) dan pasukan WPP Pakar yang berjaya menyiapkan projek ini bersama Sijil Perakuan Siap Kerja pada 24hb Jun 2018. Juga kepada Cawangan Kerja Pendidikan selaku HOPT dan semua HODT Pakar yang terlibat dalam menjayakan projek ini bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah ianya berjaya diserahkan kepada pihak Pelanggan.

Tahniah dan syabas juga kepada pihak Kontraktor, Pembinaan Hamid Abd Rahman – Ekovest Construction Sdn. Bhd. JV dan sub kontraktor yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan hasil kerja yang berkualiti serta berjaya memenuhi kriteria 9 DALAM 1 iaitu :

  1. Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, CPC);
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built);
  3. Penyata Akaun Muktamad (Statement Of Final Account, SOFA);
  4. Kecacatan Sifar (Zero Defect);
  5. Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) beserta Softcopy Model 3D;
  6. Penarafan Hijau (pHJKR) berjaya memperoleh 3 Bintang;
  7. Kemalangan Sifar selama 400,000 Jam Bekerja (Lost Time Injuries, LTI);
  8. Penjimatan Kos sebanyak RM 297,000.00; dan
  9. Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency, EE).

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat demi memenuhi aspirasi kerajaan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan mengikut kos dalam tempoh yang ditetapkan. Penyerahan projek ini merupakan kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di JKR dalam usaha untuk menyediakan prasarana yang selesa, kondusif dan canggih seiring dengan keperluan pihak Pelanggan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pengajian Tinggi).

SETINGGI TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor di atas kejayaan menyiapkan projek UTHM FKEE mengikut jadual serta memenuhi kriteria 9 DALAM 1. Syabas!