Date: Rabu, September 23, 2020

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBINAAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM), NILAI, NEGERI SEMBILAN telah diadakan pada 14 September 2020 (Isnin) pada jam 2.30 petang bertempat di Auditorium, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).

Penyerahan projek ini telah dilaksanakan oleh YBrs. Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah JKR Negeri Sembilan selaku Pegawai Penguasa kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Professor Dr. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia, pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengajian Tinggi, USIM dan pihak JKR.

Projek Pembinaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan di mana pembiayaan projek ini diturunkan melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Perolehan bagi projek ini dilaksanakan secara Tender Terbuka dengan kaedah Konvensional Perunding. Pengurus Program adalah Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah JKR Negeri Sembilan. Projek diselia dan dikawal oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Sembilan diketuai Ir. Roslan bin Ibrahim.

Kontraktor G7 yang bertanggung jawab melaksanakan projek ini adalah Pembinaan Punca Cergas Sdn. Bhd. dengan kos kontrak semasa sebanyak RM63,624,502.58. Tarikh milik tapak bagi projek ini ialah pada 23 Januari 2017 dan kerja-kerja mengikut syarat-syarat kontrak telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 26 Ogos 2020. Projek ini berjaya memperolehi ‘Perakuan Penyiapan dan Pematuhan’ (CCC) sehari sebelum tarikh tamat kontrak.

Projek ini merangkumi;


a. Blok Utama

  • Bangunan Pentadbiran (12 Tingkat)
  • Blok Makmal (5 Tingkat)
  • Blok Pembelajaran dan Pengajaran (5 Tingkat)
  • Makmal Haiwan

b. Blok Sokongan

  • Blok Chiller Plant
  • Blok Pencawang TNB & Konsumer
  • Pondok Pengawal
  • Rumah Pam IWK
  • Rumah Sampah

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 6 dalam 1 meliputi;

  1. Perakuan Siap Kerja
  2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina
  4. Menepati pH JKR
  5. Coffee Table Booklet
  6. Zero Aduan Awam

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Sembilan, Wakil Pegawai Penguasa Pakar (WPP Pakar), Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Kontraktor Utama Pembinaan Punca Cergas Sdn. Bhd., Perunding Arkitek Norman Selamat, Perunding Ukur Bahan Aziz, Azizi & Partners Sdn. Bhd., Perunding C&S Cityscape Global Adroit JV Sdn. Bhd., Perunding Mekanikal KR Associate dan Perunding Elektrikal YHS Associates Sdn. Bhd., Sub-kontraktor serta semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung dalam penyiapan projek ini.