Pada 4 Februari 2025 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Gudang Halal Eksibit Halal di Enstek, Seremban yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM.
Dokumen penyerahan projek telah ditandatangani oleh YBrs. Ir. Ainor Izman Bin Maimun Mahmood, Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek dan YBhg. Dato' Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM selaku pihak pelanggan.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan; Puan Nur Azlina binti Mohamad Yazid, Pengarah Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Encik Mohammad Khalil bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ir. Dr. Wong Ching Ching, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan warga JKR Negeri Sembilan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pelanggan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.
- 401 bacaan