Date: Jumaat, Oktober 18, 2019

Pada 15 Oktober 2019 (Selasa) bersamaan 16 Safar 1441H telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan.

Majlis penyerahan di antara Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kerja Raya ini telah disempurnakan bersama oleh YBhg Dato’ Hj. Mohd Dusuki bin Yaa’cob, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, YBrs. Ir. Hj. Dzarif bin Yaacob, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan dan YBrs. Ir. Nik Mohd Manan bin Wan Abdul Majid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan, JKR Negeri Kelantan. 

Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan ini merupakan projek  di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), Rolling Plan Ketiga (RP3) dengan kos siling projek yang diluluskan sebanyak RM66,604,000.00.

Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kaedah pelaksanaan secara konvensional dalaman. Kontraktor yang telah dilantik adalah Mansashi Sdn. Bhd. dengan tempoh perlaksanaan adalah selama 152 minggu (2 tahun 11 bulan) bermula daripada tarikh milik tapak pada 10 Oktober 2016 sehingga tarikh siap sebenar pada 10 September 2019.

Skop kontrak yang terlibat adalah seperti berikut :

  1. Penyediaan Tapak, Kerja Tanah & Pengalihan Utiliti
  2. Kerja-kerja Asas tapak
  3. Kerja Bangunan
  1. Blok Pentadbiran
  2. Cawangan Kenderaan
  3. Dewan Serbaguna
  4. Stor Barang Kes
  5. Blok Setor Peluru
  6. Surau (100 Jemaah), Tandas, Tempat Wuduk dan Pengurusan Jenazah
  7. 16 Unit Kuarters Kelas F
  8. Perkep, Tadika/Taska
  9. Rumah Pam dan Tangki Sedutan
  10. Pencawang TNB
  11. Bangunan Sokongan
  1. Kerja-kerja Infrastruktur
  2. Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrik
  3. Kerja Di bawah Wang Peruntukan Sementara

    Projek ini telah berjaya memenuhi inisiatif penambahbaikan yang telah digariskan oleh JKR di mana penyiapan dan penyerahan dibuat  ENAM (6) DALAM SATU (1) seperti berikut :
     
  1. Penyediaan Sijil Perakuan Siap Kerja
  2. Penyiapan Lukisan Siap Bina
  3. Skor IBS mencapai 75% melebihi skop 70% yang ditetapkan
  4. Zero Major Defect – Tiada kecacatan kesar
  5. Pencapaian Lost Time Injuries– Tiada kemalangan besar
  6. Zero Aduan
     

Dengan siapnya projek ini, ianya dapat memberi kemudahan dan keselesaan serta semangat baru kepada warga IPD Pasir Mas yang terlibat bagi memastikan komitmen kerja yang lebih efisen dan cemerlang terhasil dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cawangan Kerja Keselamatan, Pasukan Projek Persekutuan, JKR Negeri Kelantan, Ketua Pasukan Rekabentuk (HODT), pihak kontraktor dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.