Date: Isnin, November 7, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap dan Pembukaan Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 2 November 2022 (Rabu) bertempat di tapak projek Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah Darul Aman.

Sesi pembukaan Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia bersama YBrs. Tuan Ir. Mohd Sharom Bin Ahmad, Pengarah Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sebelum itu, penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurusan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs. Tuan Mohammad Zaini bin Mohamud, Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pejabat Pembangunan Negeri Kedah,  YBrs.  Ir. Ts. Khairul Azlan Bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi dan YBrs.  Tuan Wan Amran bin Wan Abdullah, Pengarah Urusan, Potensi Cekal Sdn. Bhd.

Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah pegawai-pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri Kedah, JKR Daerah Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Perunding Kejuruteraan Armi dan Adept Engineering Consultant, kontraktor Potensi Cekal Sdn Bhd., kontraktor NSC dan serta wakil komuniti setempat.

Pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team (HOPT). Pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara konvensional perunding dengan harga kontrak asal oleh kontraktor Potensi Cekal Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan projek bermula pada 24 Januari 2018 dan siap pada 25 September 2022.  

Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru mengikut Standard JKR R3 seperti berikut :

  • Membina jalan baru sepanjang 4.3km berkonsepkan dua (2) lorong dua (2) hala mengikut piawaian R3
  • Mengadakan perabot jalan dan peralatan keselamatan
  • Pemasangan lampu jalan
  • Pengalihan utiliti (paip air, lampu jalan, kabel elektrik dsb.)
  • Pengambilan Tanah

Dalam usaha pihak JKR memberikan produk akhir kepada pelanggan, penambahbaikan dalam pengurusan projek sentiasa diberi penekanan dan perhatian yang khusus. JKR sentiasa berusaha dalam memenuhi keberkesanan pengurusan projek dengan menambahbaik pencapaian agar projek yang dilaksanakan JKR dapat disiapkan memenuhi kriteria 3 dalam 1.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pelanggan secara 14 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) – 1 Hari Awal iaitu pada 25 September 2022
  2. Lukisan Siap Bina – As Built Drawing
  3. Penyata akaun muktamad ( SOFA )
  4. Operation & Maintanance Manual ( O&M )
  5. Zero Major Defects
  6. Loss Time Injures ( Zero LTI ), Sifar Kemalangan
  7. Penyediaan Coffe Table Book
  8. Mencapai kepuasan pelanggan
  9. Pematuhan sepenuhnya SPKKP
  10. Pematuhan sepenuhnya Kualiti Alam Sekitar
  11. Pematuhan penuh SOP Covid-19 ( Tiada Kes di tapak )
  12. IRI jalan baru 100% pematuhan
  13. Inovasi rawatan tanah menggunakan kaedah Geotechenical Bamboo Geotextile (Geobamtile) di kawasan paya bakau
  14. Pematuhan RSA ( RSA Stage 4, Part 3 telah selesai )

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia, JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan ‎sokongan yang sangat baik daripada Pasukan HOPT dan HODT JKR Malaysia, ‎JKR Daerah Langkawi, komitmen yang baik dari Potensi Cekal Sdn. Bhd. dan juga dengan sokongan dan kepercayaan oleh ‎pihak pelanggan iaitu Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga ‎Pembangunan Langkawi (LADA) serta semua pihak ‎yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.‎