Date: Rabu, September 9, 2020

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN KUARTERS IMIGRESEN PASIR GUDANG, JOHOR telah diadakan pada 06 September 2020 (Ahad) bertempat di Kuarters Imigresen Pasir Gudang, Johor pada jam 2.30 petang.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Hj Mohd Said Bin Sidik, Pengarah Kerja Raya JKR Johor kepada YBhg. Dato’ Rahmah Binti Ramli, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaksikan oleh Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), dan Dato` Hj Kamarudin Bin Hj Munasir, Pengarah Kelisa Murni Sdn Bhd.Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran  pegawai-pegawai daripada HOPT dan HODT serta wakil pengguna akhir bagi bangunan ini iaitu YBrs Tuan Baharuddin Bin Tahir, Pengarah Imigresen Negeri Johor.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding. Pengurus Program adalah Bahagian Pengurusan Projek 3, Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) dan manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah Kerja Raya JKR Johor. Projek ini adalah merupakan projek perintis di Malaysia yang mana Sewerage Treatment Plant (STP) di bawah agensi kerajaan akan diserahkan kepada pihak Indah Water Konsortium dan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakannya adalah Kelisa Murni Sdn Bhd. Pembinaan projek ini bermula pada 13 September 2017 dan telah berjaya disiapkan pada 19 Ogos 2020. Kos kontrak asal projek ini adalah RM26,876,888.30 tetapi telah disiapkan dengan kos sebenar berjumlah RM23,771,506.85 yakni mempunyai penjimatan sebanyak RM3,105,381.45.

Projek ini merangkumi

  1. BLOK UTAMA MENGANDUNGI
  • 1 UNIT KUARTERS KELAS D
  • 5 UNIT KUARTERS KELAS E
  • 36 UNIT KUARTERS KELAS F
  • 1 UNIT DEWAN SERBAGUNA
  • 1 UNIT TADIKA
  • SURAU
  • BILIK GYMNASIUM

         b. BLOK SOKONGAN YANG TERDIRI DARIPADA

  • BLOK PENCAWANG TNB
  • PONDOK PENGAWAL
  • RUMAH SAMPAH
  • PAGAR KESELAMATAN
  • BOOM GATE BESERTA ACCESS CARD (SKOP TAMBAHAN)
  • SEWERAGE TREATMENT PLAN

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 8 dalam 1 iaitu :

  1. SIJIL PERAKUAN KERJA SIAP
  2. LUKISAN SIAP BINA
  3. PENYATA AKAUN MUKTAMAD
  4. PENYERAHAN STP KEPADA IWK
  5. PENJIMATAN KOS PROJEK
  6. PENYERAHAN AWAL PROJEK
  7. PENCAPAIAN KADAR KEMALANGAN SIFAR DI TAPAK BINA
  8. PENYERAHAN DENGAN PENYIAPAN KECACATAN MAJOR

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor JKR, Cawangan Kerja Keselamatan selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, Kelisa Murni Sdn Bhd, Perunding Ukur Bahan Amer & Associates, Perunding C&S Jurutera Perunding Al-Ikhlas Sdn Bhd, Perunding Mekanikal Emas Jasa Consult dan Perunding Elektrikal Jurutera Perunding BZ. Subkontraktor DiNamakan iaitu Aidah Engineering, Solar Alert Sdn Bhd, Eura Crew Sdn Bhd dan Aezy Aircon And Elektric Service serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.