Pada 17 April 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Bandar Warisan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah YB Dato' Mohd. Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; YB. Prof. Madya Dr. Fauzinaim bin Hj. Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan; YBhg. Dato' Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan; YBhg. Dato' Masri bin Hj. Razali, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban; Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan; YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan; Tuan Zainal bin Said, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan; Jurutera Daerah Seremban, Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan.
Majlis tersebut turut merangkumi sesi menandatangani dokumen penyerahan projek di antara YBhg. Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selaku pihak pelanggan dan Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek.
Antara skop utama projek ini adalah membina sebuah masjid yang berkapasiti 1500 jemaah dengan dilengkapi kemudahan asas seperti bangunan rumah pam, bilik imam, bilik pengurusan jenazah, tempat wuduk, menara dan tempat letak kenderaan dengan kos berjumlah RM8.5 Juta.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Tahniah juga diucapkan kepada kontraktor utama dan sub kontraktor yang terlibat kerana berjaya menyiapkan projek ini dengan komited.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 292 bacaan