Date: Selasa, Februari 18, 2025

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Taman Bukit Kepayang, Seremban telah berlangsung pada 10 Februari 2025 (Isnin) dan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dokumen penyerahan projek telah ditandatangani oleh YBrs. Ir. Ainor Izman Bin Maimun Mahmood, Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek dan YBhg. Dato' Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan selaku pihak pelanggan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YB. Dato' Mohd. Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; YB. Prof. Madya Dr. Fauzinaim bin Hj. Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan; YB. Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan; YBhg. Dato' Masri bin Hj. Razali, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban; Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan; YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan; Tuan Zainal bin Said, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, warga JKR Negeri Sembilan dan penduduk-penduduk Taman Bukit Kepayang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pelanggan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat