Date: Rabu, March 30, 2016
Majlis Penyerahan Pembinaan Sekolah Rendah Agama Pantai Ria, Di Pantai Dalam Kuala Lumpur ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul Bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBhg. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbahan Ketua Setiausaha (Kewangan Dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri mewakili YBhg. Datuk Seri Othman Bin Hj. Mahmood.  Majlis ini turus disertai oleh YBrs. En. Masri Bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan YBrs. Tuan Hj. Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta para jemputan yang telah diadakan pada 24 Mac 2016, jam 10 pagi.
 
Pembinaan Sekolah Rendah Agama Pantai Ria ini mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS). Bangunan ini dianggarkan dapat menampung kapasiti sebanyak 540 pelajar yang dilengkapi dengan 1 blok sekolah 3 tingkat yang mengandungi 18 bilik darjah, kantin, pejabat, bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik guru, tandas lelaki/perempuan serta tandas guru.  Selain dari itu juga terdapat fasiliti pondok pengawal, rumah sampah dan pencawang TNB.
 
Tujuan pembinaan SRA ini adalah untuk memberi kemudahan yang lebih selesa kepada anak-anak tempatan yang berada di sekeliling Lembah Pantai Dalam ini untuk mendapat pendidikan agama diperingkat awal.   Ianya adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
 
Sekolah Rendah Agama Pantai Ria, kini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Agama Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.