Date: Isnin, November 7, 2022

Majlis Penyerahan Projek Pencahayaan Di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir, Terengganu yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

SYABAS dan TAHNIAH kepada CKE, KETENGAH dan Kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek 28 hari lebih awal dari yang dijadualkan tanpa EOT.

Projek pencahayaan di beberapa lokasi di Tasik Kenyir ini merupakan inisiatif oleh pihak KETENGAH bagi menyediakan fasiliti pelancongan yang mampan kepada pelancong serta pengusaha pelancongan tempatan.

Turut hadir Pengurus Besar KETENGAH, Pengarah Kanan CKE, Pengarah Perkhidmatan Pakar CKE, Timbalan Pengarah JKR Terengganu, Pengarah JKR Ketengah dan kontraktor.

“Ke Arah 250 Penyiapan Projek Tahun 2022”