Date: Selasa, Oktober 24, 2017

Majlis Penyerahan Projek Penggantian Enam (6) Unit Chiller Dan Lain-Lain Komponen Di Chiller Plantroom Di Bawah Program Audit Tenaga, Retrofit Dan Pengurusan Tenaga, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHa) Di Kompleks Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 23 Oktober 2017.

Majlis menandatangani sijil penyerahan projek di antara Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya ini disempurnakan bersama oleh YBrs. Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin yang mewakili JKR dan YBrs. Encik Zahrul Hakim bin Abdullah mewakili KKR. Majlis disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Abdul Razak bin Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman, Timbalan KPKR (Sektor Infra), YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Ir. Azizul bin Ariffin, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Encik Mohd Izzanee bin Mohd Ishak dari KeTTHA, Encik Zulkiflee bin Umar dari Suruhanjaya Tenaga serta Pengarah Urusan KCJ Engineering Sdn. Bhd.

Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 3 dalam 1 iaitu bersama dokumen berikut :

  1. Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Terbina Dan Manual Operasi & Penyelenggaraan
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)

Skop pembinaan projek ini melibatkan kerja-kerja penggantian enam (6) unit chiller, dua belas (12) unit pam, dua (2) set papan suis dan sebahagian daripada perpaipan yang lama.

Projek ini telah disiapkan 89 hari lebih awal daripada jadual, dengan penjimatan kos projek sebanyak RM 161,310 atau 3.7%. Sistem chiller baharu ini terbukti memberikan penjimatan tenaga sebanyak 33% iaitu 795,000 kilowatt hour setahun bersamaan RM355,000. Penjimatan ini menyumbang kepada arahan kerajaan supaya mengurangkan kos utiliti bangunan kerajaan sebanyak 5%. Anggaran pengurangan pelepasan karbon dioksida hasil daripada penjimatan tenaga adalah sebanyak 552 tan setahun yang memerlukan lebih daripada 2,900 pokok matang untuk menyerap karbon dioksida tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JKR, KKR, dan juga pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan projek ini.