Date: Isnin, Ogos 28, 2023

Majlis Penyerahan Projek siap bagi Projek Penggantian Jambatan FT001/683/50 Jambatan Sg. Air Puteh, Larut Matang dan Selama telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Larut Matang dan Selama, Ir.Siaw Wai San selaku Pegawai Penguasa projek ini pada 25 Ogos 2023 (Jumaat). Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pihak Kontraktor Utama, Resdar Engineering Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai pasukan projek yang terlibat.

Setinggi–tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Kerja Raya yang telah meluluskan peruntukan bagi menggantikan jambatan yang telah uzur kepada Jambatan yang Baharu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Ucapan penghargaan juga turut dirakamkan kepada pihak Cawangan Jalan JKR Malaysia selaku Ketua Pasukan Projek (HOPT), Semua Ketua Pasukan Rekabentuk Projek (HODT), JKR Negeri Perak, serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan  pelaksanaan projek ini.

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ke-66, turut diadakan Program Kibarkan Jalur Gemilang yang melibatkan pihak JKR dan pengguna jalan raya. Jalur Gemilang dan bungkuasan makanan ringan telah diagihkan kepada pengguna jalan raya jambatan baru ini bagi menaikkan lagi semangat patriotik dan cintakan kepada negara kita Malaysia.