Date: Jumaat, November 25, 2016
Majlis Penyerahan Projek Rumah Kekal Baharu (RKB) telah diadakan di Holding Room Mesyuarat Perdana, Pejabat Menteri Kerja Raya Malaysia, Menara Kerja Raya. Projek ini merupakan projek pembinaan RKB berkelompok di Lot 2904, Kg Sungai Durian (Tapak Puspakom), Mukim Kenor, Jajahan Kuala Krai Kelantan. 
 
Majlis menandatangani sijil penyerahan projek di antara YUEM dan Kementerian Kerja Raya ini disempurnakan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Pengurusan), YBhg. Datuk Hj. Sarani bin Dollah, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Pengerusi YUEM, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan Yang Berbahagia Datin Nor Rubaiha Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif YUEM. 
 
Majlis disaksikan oleh YB Menteri Kerja Raya Dato; Sri Haji Fadilah bin Hj Yusof, YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Dasar dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Hasnul bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya(Sektor Bangunan) YBhg. Ar. Dato’ Sri Dr. Amer Hamzah b Mohd Yunus, wakil daripada UEM Group Berhad (Datuk Nik Airina Nik Jaafar) dan beberapa wakil yang lain. 
 
Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengerusi UEM kepada YBhg.  Datuk Hj. Sarani bin Dollah (TKSU) Kementerian Kerja Raya. Majlis yang bermula sekitar 3.45 petang, diakhiri dengan sesi bergambar dan majlis bersurai sekitar jam 4.45 petang.