Date: Selasa, Mei 6, 2025

Majlis Penyerahan Projek Sekolah Daif (2023) – Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Hulu Perak, Perak (ABA7020) telah berlangsung pada 24 April 2025 (Khamis) bertempat di Tapak Projek . Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Khairuddin Bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek ini merupakan projek rintis yang dilaksanakan untuk memperkasa infrastruktur pendidikan negara.

Dengan terbinanya bangunan ini, ianya dapat memberikan pendidikan kepada pelajar dengan baik dan selesa serta dapat melahirkan generasi muda yang berilmu di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Projek yang bermula pada 2 Ogos 2023 dan siap sepenuhnya pada 15 November 2024 ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dengan skop projek seperti berikut:-

  1. Pembinaan 1 blok bangunan akademik 2 tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah,
  2. 1 unit rumah pam dan kerja-kerja sekitar bangunan serta skop kerja mekanikal dan elektrikal.

Pembangunan bangunan daif ini bukan sahaja dapat memperkukuh taraf pendidikan, malah ianya turut menyokong misi kerajaan dalam menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk kesejahteraan masyarakat setempat, selaras dengan hasrat Malaysia MADANI. Projek ini telah berjaya diserahkan secara 7 dalam 1 yang mana merangkumi:

i) Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
ii) Penyata Perakuan Muktamad (SOFA)
iii) Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
iv) Tiada Berlaku Kemalangan Disepanjang Pembinaan Dilaksanakan
v) Tiada Major Defect
vi) Penyediaan Coffee Table Book (Digital)
vii) Penyediaan Video Montaj

Turut hadir di sama menyerikan majlis adalah YBrs. Tuan Ir. Farrid bin Jamaludin, Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak; YBrs. Tuan Ir. Ts. Mohd Fadzly bin Ahmad Zawawi, Jurutera Daerah JKR Daerah Hulu Perak selaku Pegawai Penguasa projek ini; YBrs. Tuan Rozahan bin Aboo Bakar, Arkitek Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek Cawangan Kerja Pendidikan; YBrs. Puan Intan Norshahrah binti Ibrahim, Arkitek Kanan Cawangan Kerja Pendidikan; YBrs. Puan Fadzilah Vijaya binti Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak; serta semua pasukan projek dan pihak kontraktor yang terlibat. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini daripada peringkat perancangan sehingga projek ini siap sepenuhnya. Semoga kerjasama yang baik di antara JKR Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan Negeri dapat diteruskan untuk projek-projek baru di masa akan datang. 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat