Date: Rabu, Mei 15, 2024

Majlis Penyerahan telah diadakan pada 14 Mei 2024 (Selasa) bertempat di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Negeri Sembilan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya kepada Yang Berusaha Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan),Kementerian Pendidikan Malaysia Encik Wan Hashim Bin Wan Rahim turut disaksikan oleh Yang Berhormat. Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Yang Berusaha Ir. Wan Hasnan bin wan Musa,Pengarah JKR Negeri Sembilan ,YBhg. Dato’ Ir.  Dr. Balamurugan A/L A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dan Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, HOPT BPP1 CKP.

Pembinaan Sekolah Kebangsaan Sendayan ini merangkumi bangunan gantian 1 blok kepada 2 blok 4 tingkat mengandungi 12 bilik darjah, bilik muzik, surau, bilik pergigian, makmal sains, pusat sembur, bilik rakam, bilik tayang, bilik J-Qaf, bilik multimedia, kantin dan ruang serbaguna serta bilik pemulihan dan pengurusan peperiksaan bertujuan memenuhi keperluan murid dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek dan kontraktor, Bilang Nombor Sdn. Bhd. di atas kejayaan menyiapkan projek ini.

Jutaan terima kasih di atas pencapaian yang membanggakan kepada warga Jurutera Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa dan juga Pengurus Program, Cawangan Kerja Pendidikan dengan kerjasama Bahagian Bangunan JKR Negeri Sembilan selaku Pejabat HOPT di atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan penyiapan projek.