Date: Khamis, Februari 20, 2020

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP BAGI DUA BUAH PROJEK PENGGANTIAN LIF PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL), KUALA LUMPUR DAN BALAI POLIS PANTAI, KUALA LUMPUR

Majlis penyerahan projek siap bagi dua buah projek penggantian lif Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur dan Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur dengan tajuk kontrak seperti di bawah telah diadakan pada 19 Februari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.

1.    KERJA-KERJA PENGGANTIAN DUA BELAS (12) UNIT LIF DAN LAIN-LAIN KERJA DI PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL), KUALA LUMPUR

2.    KERJA-KERJA PENGGANTIAN EMPAT (4) UNIT LIF DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BALAI POLIS LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

 

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YDH IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador, Ketua Polis Negara.

Turut hadir sama ke majlis ini adalah dif kehormat dari Kementerian, Agensi, Jabatan dan wakil pihak Kontraktor Lif, iaitu :

Kementerian Dalam Negeri

      i.        YBhg. Dato' Hjh Rahmah binti Hj Ramli, Setiausaha Bahagian Pembangunan,

     ii.        YBrs. Tn Hj. Jalil Husni bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian I, Bahagian Pembangunan

Polis Diraja Malaysia

      i.        YDH CP Dato' Abd Rahim Bin Jaafar, Pengarah Pengurusan

     ii.        YDH CP Dato' Sri Rosli bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Logistik Dan Teknologi

    iii.        YDH CP Datuk Seri Hj Mazlan bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur

   iv.        YDH SAC Dato' Shamsudin bin Mat, Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur

Jabatan Kerja Raya

      i.        YBrs Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

     ii.        YBrs Ir. Maria binti Marcus, Pengarah, Jabatan Kerja Raya W. P. Kuala Lumpur

 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

      i.        YBrs Mohd Khairul Fitri bin Samsudin, Ketua Sektor Analisis dan Proses, Jabatan Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan W. P. Kuala Lumpur

Kontaktor Lif

     ii.        YM Raja Hamzah bin Datuk Seri Utama Raja Nong Chik, Pengarah Syarikat, Sword Elevator (M) Sdn Bhd

    iii.        YBrs Dr Mohd Norjuwaidi Nazar bin Nazari, Ketua Pegawai Eksekutif, Fuji DNDT Sdn Bhd

Kedua-dua projek ini merupakan projek di bawah seliaan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pelaksanaan pembinaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman, iaitu dengan menggunakan kepakaran dalaman. JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan kedua-dua projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah :

      i.        Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur – Sword Elevator (M) Sdn Bhd;

     ii.        Projek Penggantian Lif di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur – Fuji DNDT Sdn Bhd.

Projek penggantian lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur melibat penggantian dua belas (12) unit Lif dan telah dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama melibatkan penggantian enam (6) buah lif dan telah diserahkan untuk kegunaan penduduk selepas mendapat CF (Sijil PMA) daripada pihak JKKP pada 8 November 2019. Fasa kedua juga melibatkan enam (6) buah lif dan telah diserahkan untuk kegunaan penduduk selepas mendapat CF daripada pihak JKKP pada 20 Disember 2019. Bangunan yang telibat adalah satu (1) blok kediaman pegawai polis dan lima (5) blok berek anggota polis di dalam kawasan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 9 dalam 1 iaitu :

      i.        Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) diperakukan 7 hari awal dari tarikh siap kontrak;

     ii.        Lukisan siap bina (As-Built) dan Operation & Maintenance Manual (OMM);

    iii.        Penyata Akaun Muktamad (SOFA);

   iv.        Penyediaan Manual Kepenggunaan (User Training) kepada pegawai-pegawai setiap blok;

     v.        Penyerahan Awal Unit Lif kepada pengguna secara berfasa;

   vi.        “Zero Major Defects”

  vii.        “Zero Lost Time Injuries”

 viii.        Penyediaan Coffee Table Book

   ix.        Penjimatan kos Projek sebanyak RM 22,401.59

 

Projek penggantian lif di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur pula melibat penggantian empat (4) unit Lif dan juga telah dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama melibatkan penggantian dua (2) buah lif dan telah diserahkan untuk kegunaan penduduk selepas mendapat CF (Sijil PMA) daripada pihak JKKP pada 17 Oktober 2019. Fasa kedua juga melibatkan dua (2) buah lif dan telah diserahkan untuk kegunaan penduduk selepas mendapat CF daripada pihak JKKP pada 18 Februari 2020. Bangunan yang telibat adalah satu (2) blok kediaman pegawai polis di dalam kawasan Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur.

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 7 dalam 1 iaitu :

      i.        Lukisan siap bina (As-Built) dan Operation & Maintenance Manual (OMM);

     ii.        Penyata Akaun Muktamad (SOFA);

    iii.        Penyediaan Manual Kepenggunaan (User Training) kepada pegawai-pegawai setiap blok;

   iv.        Penyerahan Awal Unit Lif kepada pengguna secara berfasa

     v.        “Zero Major Defects”

   vi.        “Zero Lost Time Injuries”

  vii.        Penyediaan Coffee Table Book