Jempol, 23 April 2025 (Rabu) – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek bagi Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Gelanggang Sukan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ), Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hairol Pa Ize bin Aziz, Jurutera Daerah JKR Jempol, selaku Pegawai Penguasa Projek kepada YBrs. Dr. Zakiah binti Shafie, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Norazhar bin Mohd Shah, Pengetua INTEJ; YBrs. Ir. Ts. Mohamad Dzakir bin Ahmad, mewakili Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ibu Pejabat JKR Malaysia; YBrs. Ir. Mohd Adam bin Abdullah, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Negeri Sembilan serta barisan pegawai dan kakitangan INTEJ dan pasukan projek JKR Daerah Jempol.
Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai, Naiktaraf (PPUN) ini telah dilaksanakan melalui kaedah perolehan konvensional dalaman dengan reka bentuk 'one-off' oleh pasukan HOPT dan HODT JKR Negeri Sembilan. Bermula pada 15 Februari 2024, projek ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 28 Februari 2025, iaitu 26 hari lebih awal daripada Tarikh Siap Semasa yang dijadualkan pada 26 Mac 2025.
Skop utama projek melibatkan kerja pembaikan dan penyelenggaraan gelanggang sukan dengan keluasan keseluruhan 3,300 meter persegi, merangkumi:
- Dua (2) gelanggang bola keranjang;
- Satu (1) gelanggang bola jaring;
- Dua (2) gelanggang bola tampar; dan
- Dua (2) gelanggang sepak takraw.
JKR Negeri Sembilan terus menzahirkan komitmen tinggi dalam memastikan pengurusan projek yang cekap dan berkesan. Projek ini juga berjaya memenuhi kriteria “3 dalam 1”, iaitu:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing); dan
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA).
Adalah diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga INTEJ dalam menyokong aktiviti sukan dan pembangunan pelajar secara menyeluruh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Daerah Jempol dan seluruh pasukan pelaksana atas dedikasi, kerjasama, dan kejayaan cemerlang ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 74 bacaan