Date: Isnin, Ogos 19, 2019

Majlis penyerahan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Pusat Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak telah berlangsung pada 15hb Ogos 2019 (Khamis) di tapak projek pada jam 2.30 petang.

Majlis menandatangani sijil penyerahan projek dan penyerahan replika kunci di antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah disempurnakan bersama oleh YBhg. Dato’ Ramlan Bin Harun, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Yg Brs Dr. Teo Gim Sian, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun dan YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Sahimi bin Hj. Arshad, Pengarah Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), CDPK JKR serta YBrs. Ir. Mohd Rahim bin Hj Kawangit, Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran, YBrs. Tuan Haji Roslan Bin Abd Ghani, Pengarah JKR Perak, YBrs. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, YBrs Dato’ Kamarul Bahrain Bin Zainuddin, Pengarah Urusan Kamal Bina Sdn. Bhd, Pegawai-pegawai Kanan HOPT & HODT, Pegawai-pegawai Kanan KKM, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Pasukan Kontraktor dan Pasukan Perunding yang terlibat.

Projek ini telah dilaksanakan secara Konvensional (Perunding) oleh Kontraktor Kamal Bina Sdn yang telah dilantik sebagai Kontraktor Utama dalam melaksanakan projek ini dengan kos kontrak bernilai semasa RM 233,299,637.25 juta dan penyiapan sebenar adalah pada 5 Ogos 2019.

Ia melibatkan pembinaan satu blok baru (10 tingkat) yang menempatkan sebanyak 404 buah katil. 3 buah Jabatan yang terkandung dalam bangunan ini iaitu Jabatan Obstretik dan Ginekologi (174 katil), Jabatan Pediatrik (176 katil) dan Pusart Kardiologi (40 katil).  Di samping itu, blok hospital ini juga disediakan dengan kemudahan: 6 Dewan Bedah, 1 Invasive Cardiac Lab, 1 Bilik X Ray, 18 Bilik Bersalin, Klinik-klinik Pakar Obstetrik, reproductive, Pediatrik dan Kardiologi, Perkhidmatan Sokongan lain seperti Farmasi, On Call Kompleks, Pendaftaran dan Hasil serta Kemudahan Tempat Letak Kereta.

Penyerahan Projek ini merupakan satu lagi kesinambungan pencapaian pembangunan projek-projek di Jabatan ini dalam usaha untuk menyediakan keperluan infrastruktur dan kemudahan awam di Ipoh selain membantu pihak KKM dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pegawai Penguasa Pasukan Projek Khas 1, juga kepada Cawangan Kerja Kesihatan serta semua pejabat HODT yang terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ianya dapat diserahkan.