Date: Rabu, November 22, 2023

Pada tanggal 17 November 2023 dan bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat telah berlangsung Majlis Penyerahan projek siap bagi projek CADANGAN MENAIKTARAF PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH H ULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Lokman bin Hj. Nasir Selaku Pegawai Penguasa Projek Cadangan Menaiktaraf Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan kepada YBrs. Datin Paduka Mastura Binti Hj. Muhamad Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan disaksikan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama.

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), pasukan penyelia projek JKR, pejabat HOPT dan HODT yang terlibat.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Bahagian Bangunan JKR Selangor selaku Pengurus Program, HOPT, Pasukan perekabentuk HODT terdiri daripada Bahagian Arkitek JKR Selangor, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor telah diberikan tanggungjawab sebagai Wakil Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini.

Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu ANF Global Resources dengan harga kontrak sebanyak RM2.885 Juta. Ia melibatkan kerja-kerja membaikpulih infrastuktur bangunan yang melibatkan bumbung, lantai, struktur bangunan, pendawaian dan tandas di samping itu perpustakaan juga akan dilengkapkan dengan perabut yang selesa, ruang solat, perkakasan IT, WiFi percuma dan dekorasi dalaman yang cantik dan ceria berkonsepkan “Rumah Keduaku‟ atau (Library My Second Home);

 

  1. Projek ini turut berjaya disiapkan secara tujuh dalam satu (7-in-1) iaitu,
  2. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  3. Statement of Final Account (SOFA)
  4. Lukisan Siap Bina (As-built Drawing)
  5. Zero Fatal Accident
  6. Zero Injury
  7. Zero Major Defect
  8. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat selaku Wakil Pegawai Penguasa, Pengurus Program, HOPT dan HODT serta barisan pakar HODT JKR, pihak ANF Global Resources dan Subkontraktor Dinamakan  iaitu Teras Azya Unggul Enterprise, JTC Dua Bina, Bumi Rimbun Enterprise dan Cobra Engineering serta semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penyiapan projek ini.

 

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat

perpustakaan awam daerah hulu langat