Date: Khamis, Julai 25, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi projek kerja-kerja naik taraf dan penggantian sistem penyaman udara serta lain-lain kerja berkaitan di kolej matrikulasi labuan, wilayah persekutuan labuan telah dilaksanakan pada 25 Julai 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Tn. Hj. Wan Mohd Rahim bin Yusof, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir sama adalah YBrs. Tn. Mohd Mahyuddin Mohd Noordin, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan; YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan selaku Ketua Pasukan Pengurus Projek (HOPT) dan YBrs. Ir. Hj Zailani Bin Nagin, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia selaku Ketua Pasukan Rekabentuk Mekanikal (HODT).

Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pengawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pegawai-Pegawai daripada Kolej Matrikulasi Labuan, Pegawai-Pegawai daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Pegawai-Pegawai daripada JKR W.P. Labuan dan Pasukan Kontraktor MISI Dutamas Sdn Bhd (Kontraktor Utama) serta TRA Bersatu Enterprise (NSC Elektrik).

Projek yang bernilai RM5.927 juta ini telah siap sepenuhnya pada 19 Jun 2024. Kerja-kerja yang telah disiapkan termasuklah menaik taraf Water Cooled Chiller System di Menara Pentadbiran dan Bangunan Perpustakaan, Air Cooled Package System di Dewan Kuliah (1-6) dan Air Cooled Split Ducted Unit System di Dewan Serbaguna (Dewan Mutiara). Penyerahan projek ini bakal memberi impak yang tinggi dengan mewujudkan kembali suasana persekitaran pembelajaran yang sangat selesa dan kondusif yang telah lama dinanti-nantikan oleh seluruh warga tenaga pengajar dan pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan akhirnya tercapai. Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 6 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:

  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Project Completion, CPC);
  2. Statement of Final Account (⁠SOFA);
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing);
  4. Zero Lost Time Injury;
  5. Operation and Maintenance Manual (O&M)
  6. Coffee Table Book

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (HOPT), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia (HODT), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Pasukan Projek JKR W.P. Labuan serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Hastag #JKRLabuanLuarBiasa.