Date: Jumaat, Oktober 18, 2024

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Cadangan Hospital Bachok (76 katil) telah disempurnakan pada 11 Oktober 2024 (Jumaat). Projek Bangunan Hospital (76 Katil) yang dilaksanakan ini terdiri daripada blok hospital 3 tingkat yang mengandungi ruang berikut iaitu :,

  • 2 Klinik Pembedahan
  • Klinik-klinik Pakar
  • 3 Wad (Lelaki, Perempuan, Ibu dan Anak)
  • Dewan Bersalin dan Forensik
  • Makmal dan Ruang Dialisis
  • Kecemasan dan Pengimejan
  • Ruang - ruang Sokongan Perubatan
  • Unit - unit Pentadbiran dan Latihan
  • Blok Mekanikal dan Elektrik 1 Tingkat
  • Blok Pengurusan Sisa Sampah
  • Tempat Letak Kereta Terbuka

Sesi menandatangani Dokumen Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Zakaria bin Semail selaku Pegawai Penguasa kepada Yang Berusaha Mohd Rashidi Bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili KSU Kementerian Kesihatan Malaysia.

Turut hadir sama menyaksikan Majlis Penyerahan Projek ini adalah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri; Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan; Yang Amat Berusaha Hj. Jasri Bin Kassim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU JPM); Yang Berbahagia Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia; Yang Berbahagia Dato' Dr. Zaini Bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan; Yang Amat Berusaha Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan; Yang Berhormat Mohd Syahir Bin Che Sulaiman, Ahli Parlimen Bachok; Yang Berhormat Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar; Yang Berbahagia Datuk Syed Akmal Bin Syed Yusuf, Pengarah Urusan Cakna Enterprise Sdn. Bhd. Selaku Kontraktor Utama dan Yang Berhormat Ahli- Ahli Dewan Undangan Negeri Dato' - dato', Pegawai- pegawai Kanan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ketua Jajahan dan Ketua - Ketua Jabatan JKR Negeri Kelantan.

Seusai perasmian dan lawatan ke Kompleks Hospital Bachok, YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan hasrat kerajaan agar kemudahan infrastruktur kesihatan lengkap yang dibangunkan kerajaan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh penduduk tempatan bagi menampung keperluan kesihatan.

YAB Timbalan Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan hasrat murni kerajaan kepada rakyat, terutamanya pihak pasukan projek Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, KKM, kontraktor dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan menzahirkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas kerjasama kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan projek ini.Hasil kerjasama yang padu dan jitu yang ditunjukkan oleh JKR Kelantan dan semua pihak yang terlibat, cabaran dan halangan telah dapat diharungi dengan sangat baik dan berjaya diterjemahkan dengan penyerahan projek pada hari ini.

Oleh yang demikian, kami di JKR Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam mengurus dan memantau pelaksanaan projek ini supaya ianya berjalan dengan lancar dan siap sebagaimana jadual dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan dan mengikut sasaran dari aspek skop, kos, masa dan kualiti.

#IamJKR
#KitaJKR
#JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat