Date: Jumaat, September 2, 2022

Tanggal 01 September 2022 (Khamis) dan bertempat di perkarangan Bangunan Kompleks Ilmu, Hospital Melaka telah berlangsung Majlis Penyerahan projek siap bagi projek NAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK HOSPITAL MELAKA (REKA & BINA).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah JKR Negeri Melaka selaku Pengarah Projek kepada YBrs. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka selaku wakil Pelanggan dan disaksikan oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Kerja Raya,Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir dan YBrs Dr. Zaharimah binti Abdul Kadir, Pengarah Hospital Melaka..

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ar. IDr Azman bin Md. Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, JKR Malaysia selaku Head of Project Team (HOPT), YBrs. Ir. Hanizan binti Shaffii, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia selaku Head Of Design Team (HODT Elektrik), YBhg. Datuk Hj. Ishak bin Yaacob dari Lapisan Rezeki Sdn. Bhd., pasukan penyelia projek JKR Melaka, pejabat  HOPT dan HODT yang terlibat.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Reka & Bina diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Projek 4 Cawangan Kerja Keselamatan (BPP 4, CKK) selaku Pengurus Program dan HOPT. Pasukan perekabentuk selaku HODT terdiri daripada URBF 2, Bahagian Rehabilitasi Dan Konservasi Struktur (CKAS), Bahagian Rekabentuk Geoteknik 2 (Kejuruteraan Struktur Asas) (CKG), Bahagian Rekabentuk Kesihatan 1 (CKM), Unit Perunding Rekabentuk Kesihatan 2 (CKE) dan Bahagian Kesihatan (Bhn) (CKUB).

Manakala diperingkat pembinaan, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka telah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Projek untuk menyelia projek ini dan dibantu Pasukan Wakil Pengarah Projek (WPP) terdiri daripada Ketua Jurutera Elektrik Negeri selaku Wakil Pengarah Projek (WPP) Utama, Juruukur Bahan Penguasa, selaku WPP Ukur Bahan dan Pentadbiran Kontrak, Jurutera Awam Kanan selaku WPP Sivil & Struktur, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri selaku WPP Melanikal.

Projek secara tender terbuka (Pra-Kelayakan) ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Lapisan Rezeki Sdn. Bhd. dengan siling peruntukan berjumlah RM29.88 Juta dan harga kontrak sebanyak RM 23.88 Juta dengan penjimatan sebanyak RM 5 Juta. Ia melibatkan kerja – kerja :

 

1.    Membekal dan memasang dua puluh (20) Metal Clad Switchgear (11kV) lengkap dengan ATS adan Arc Protection;

2.    Membekal dan Memasang enam (6) buah Transfomer baru daripada 1000kVA kepada 1500kVA termasuk dengan Testing dan calibration;

3.    Membekal dan memasang 7 buah Feeder Pillar dan Sub Switch Board (SSB) termasuk Sub Main Cable di bangunan berkaitan;

4.    Membekal dan menggantikan CT2 dan HT Panel sediada rating 50/5 kepada 100/5 lengkap Bersama Integration System;

5.    Membekal dan mamasang Main Switch Board (MSB) di SS 1 termasuk Servis yang terlibat untuk integrasi sistem lama kepada sistem baru

6.    Membekal dan memasang dua (2) Generator Set baru dengan kapasiti 1500kVA lengkap dengan AMF Board, tangki minyak dan semua kerja yang berkaitan.

7.    Disconnect, Dismantle & Relocate satu (1) Generator Set dengan kapasiti 1000kVA di SS 2 dan dipasang di Kompleks Ilmu lengkap dengan Pemasangan AMF Board, Tangki Minyak  baru, testing dan calibration dan kerja - kerja yang berkaitan;

8.    Membekal dan memasang SSB Essential 1600A di Kompleks Ilmu;

9.    Membekal dan memasang Outgoing Breaker Panel untuk Feeder 1 dan Feeder 2 di SS 3;

10.  Pemasangan HT Kabel bagi menggantikan kabel lama di dalam bangunan berkaitan sahaja

11.  Kerja – kerja penggantian dan pemasangan kabel bawah tanah dan kabel sub main dari MSB ke semua bangunan yang berkaitan;

12.  Membekal dan memasang Sistem Pembumian yang baru;

13.  Membekal dan memasang Remote Control Board di Main Switch Board (MSB) di Bilik Kawalan Sediada, SS 2 dan

14.  Membekal dan memasang Sistem SCADA untuk monitor sistem elektrikal lengkap dengan Control System Configuration, hardware, communication and Software di Bilik Kawalan Sediada SS 2;

15.  Pengubahsuaian bilik – bilik bagi menempatkan Transfomer, Generator Set dan MSB bagi memenuhi kapasiti keperluan peralatan yang baru di bangunan - bangunan berkaitan.

16.  Membuka dan menanggalkan serta menyerahkan kepada Pelanggan perkakasan lama untuk dilupuskan oleh Pelanggan;

 

 

 

Projek ini turut berjaya disiapkan secara sebelas dalam satu (11-in-1) iaitu :

1.     Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, CPC),

2.    Siap Awal dari tarikh kontrak

3.    Zero EOT

4.    Lukisan Siap Bina (As-Built drawing) berserta Manual Operating

5.    Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account, SOFA),

6.    Penjimatan Kos dari Kos Siling Projek

7.    Zero Lost Time Injuries (LTI

8.     Penyediaan 33 Dokumen KKM semasa Penyerahan

9.    Coffee Table Booklet

10.  Gred A Tertinggi Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), JKR Malaysia Tahun 2021

11.  Pendaftaran Aset Tak Alih dan Inventori

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka selaku Pengarah Projek, serta barisan WPP JKR Melaka, pihak Lapisan Rezeki Sdn. Bhd. dan barisan perunding serta semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penyiapan projek ini.