Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi KERJA-KERJA PEMBAIKAN TANAH RUNTUH DI CERUN JALAN TAR DARI KAKI BUKIT KE PUNCAK BUKIT MERTAJAM SEPANJANG 3.60 KILOMETER DI TAMAN RIMBA BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG yang telah diadakan pada 18 Januari 2024 (Khamis) bertempat di Taman Rimba Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Pihak Kontraktor Utama
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding dan Head Of Project (HOPT) adalah daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun manakala rekabentuk oleh LT Consultancy serta Pegawai Penguasa adalah Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah. Projek ini juga telah dianugerahkan kepada kontraktor utama iaitu Kapar Jaya Sdn. Bhd dan ianya bermula pada 15 Disember 2021 dan telah siap sempurna pada 30 November 2023 iaitu bersamaan 12 hari awal daripada tarikh siap asal projek ini. Antara skop kerja yang terlibat dalam pembinaan adalah pembaikan terhadap 34 cerun iaitu dengan kaedah soil nailing, high strength netting, rock netting, cascade drain, berm drain, concrete pavement, drainage, bioengineering, slope stabilisation and rock anchor.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Pasukan Projek JKR Seberang Perai Tengah, Cawangan Kejuruteraan Cerun,Perunding LT Consultancy, pihak kontraktor utama Kapar Jaya Sdn Bhd, Subkontraktor, MKI Sinar dan juga HABH Enterprise serta semua agensi yang terlibat bertungkus lumus menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menyumbang kepada penyiapan serta penyerahan projek ini kepada pelanggan.
- 1257 bacaan