Date: Rabu, Disember 6, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi MENAIK TARAF SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT DI MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP), KUALA LUMPUR telah diadakan pada 4 Disember 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Dato’ Abdul Rahm, Aras 1, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka pada jam 11.00 pagi.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) kepada YBrs. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai Kanan daripada JKR, DBP dan wakil kontraktor Trivista Integrated Sdn. Bhd. (TISB).

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia (CKM IPJKR) selaku Head of Project Team (HOPT) dan diselia oleh JKR WPKL selaku Pegawai Penguasa dengan kos kontrak sebanyak RM6,805,167.60. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 25 Oktober 2022 dan telah siap sepenuhnya pada 7 November 2023.

Skop projek ini terdiri daripada penggantian;

  1. Water Cooled Packaged Unit
  2. Cooling Tower
  3. Condensor Water Pump
  4. Booster Pump
  5. Lain-lain kerja yang berkaitan.

Projek ini turut diserahkan dengan jayanya secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Perakuan Siap Kerja
  2. Lukisan Siap Bina
  3. Manual Operasi & Penyelenggaraan
  4. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  5. Penjimatan siling Projek
  6. Capai piagam pelanggan (Kos dan masa yang dipersetujui)
  7. Zero Lost Time Injuries (LTI), sifar kemalangan

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya kepada pihak pengurusan DBP, CKM IP JKR, JKR WPKL, TISB dan Sub-Kontraktor Dinamakan yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan.