Date: Khamis, Disember 22, 2022

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Pembinaan Dua Unit Kuarters Berkembar Dua Tingkat Kelas E, Jabatan Meteorologi Malaysia Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Meteorologi Negeri Sembilan.

Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh Wakil Pegawai Penguasa, YBrs. Ts. Mohd Zairie bin Zainal Abidin, Jurutera Bangunan JKR Daerah Kuala Pilah, kepada YBrs. Puan Suhaily binti Sahat, Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Muhammad Helmi bin Abdullah, Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia,  YBrs. Ir. Adilah binti IsmailJurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA2) selaku Ketua Pasukan Projek (HOPT), YBrs. En. Mohd Nazri bin Hashim, Pengurus Projek, EF AR Global selaku Kontraktor Utamapegawai-pegawai Jabatan Meteorologi Malaysia, Pasukan Projek JKR,  serta pasukan kontraktor utama dan NSC.

Projek ini dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Rolling Plan 4 (RP4). Kaedah pelaksanaan projek ini secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (HOPT), Cawangan Pakar JKR Ibu Pejabat (HODT) dan diselia oleh Jurutera Daerah JKR Daerah Kuala Pilah selaku Pegawai Penguasa.

Pembinaan projek ini telah bermula pada 9 April 2021 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 3 Disember 2022. Skop projek ini melibatkan pembinaan dua unit kuarters berkembar dua tingkat Kelas E, pembinaan jalan dalaman dan tempat letak kereta, sistem saliran dan perpaipan, sistem pembentungan, pembaikian jalan masuk ke tapak cadangan, bekalan air dan elektrik, interlocking grass paver di tempat letak kereta serta penanaman rumput di sekitar kawasan kuarters.

Projek ini telah berjaya disiapkan secara 5 dalam 1 iaitu:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 3 Disember 2022;

2. Siap dalam tempoh kontrak;

3. Serahan bersama As-Built Drawing;

4. Zero Lost Time Injuries (sifar kemalangan tapak bina)

5. Zero Major Defect

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Projek, JKR Daerah Kuala Pilah, CKBA2 selaku Pengurus Program & HOPT, semua HODT, WPP Pakar, pihak kontraktor EF AR Global., Subkontraktor Dinamakan (NSC) serta semua agensi yang telah terlibat di atas usaha gigih dan kerjasama dalam penyiapan projek ini.