Date: Selasa, Disember 13, 2022

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Pembinaan NAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI SEKITAR KOMPLEKS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL (KSNBJ), KUALA LUMPUR telah diadakan pada 5 Disember 2022 (Isnin) bertempat di Bilik VIP, Axiata Arena, Aras 3, Bukit Jalil, 57000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. En Mohd Faidz Bin Sanusi Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia dengan disaksikan oleh Wakil Pegawai Penguasa (Utama), Ir. Siti Nurulhuda binti Amirrudin dan Encik Mohamad Sapuan Bin Mat, Jurutera Kanan,  Perbadanan Stadium Malaysia.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) selaku Pengurus Program dan HOPT manakala Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (Sivil) telah dilantik sebagai pasukan perekabentuk (HODT). Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Reka Taman bermula 6 Julai 2021 dantelah  berjaya disiapkan pada 14 Oktober 2022.

Skop projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf sistem peparitan yang dibahagikan kepada lima (5) zon. Zon 1 melibatkan pembinaan Box Culvert 2100 mm x 2100 mm sepanjang 259m, Box Culvert 1200mm x 1200mm sepanjang 111m serta rubble pitching. Manakala di Zon 2 melibatkan pemasangan U-Drain 600mm termasuk grating sepanjang 117m. Kerja penggantian Half Round (600mm) dan pembinaan sump baru di zon 3, pemasangan U Drain 750mm x 750mm termasuk grating di zon 4 dan pembinaan 600mm Half Round Drain lengkap bertutup di Zon 5. Projek ini turut berjaya disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing),
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA),
  4. Penjimatan Kos Projek yang dianggarkan sebanyak RM 300,000.00 daripada siling projek
  5. Zero Major Defect
  6. Zero Lost Time Injuries
  7. Coffee Table Book

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR W.P. Kuala Lumpur, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (Sivil), Pihak Reka Taman serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang membanggakan.