Date: Jumaat, Disember 16, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Pelanggan Bagi Pembinaan Sekolah Baharu 24 Bilik Darjah, (200) Pelajar Asrama, (24 Unit) Rumah Guru Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Sri Simalajau, Bintulu, Sarawak telah diadakan pada 15 Disember 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat SK Sri Simalajau, Batu 33, Jalan Bintulu-Miri, 97000 Bintulu, Sarawak.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Kueh Song Ping. Jurutera Awam Kanan, Pasukan Projek Khas 2 dan selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama kepada YBrs. Puan Deavianna@Vian binti Penjius@Agang, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai Pasukan Projek Khas 2 Sarawak, Perunding Arkiskape Sdn. Bhd., Perunding ECLP Sdn. Bhd, Perunding KAZ Sdn. Bhd, YBrs. Encik Samri bin Suhaili, Pegawai Pendidikan Daerah, YBrs. Encik Hamdan bin Hambali, Bintulu Development Authority (BDA), YBrs. Encik Simon Chang, Pengarah Projek Samado Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama Projek, serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu.

Projek ini dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Rolling Plan 1 (RP1) dengan kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding oleh Cawangan Kerja Pendidikan, BPP7 selaku Head of Project Team (HOPT) dan projek ini diselia oleh Pasukan Projek Khas 2 selaku Pegawai Penguasa. Pembinaan projek ini telah bermula pada 26 Jun 2019 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 19 Julai 2022.

Skop kerja utama projek ini merangkumi pembinaan Kompleks Sekolah (24 bilik darjah), Kantin, Pra Sekolah, Dewan Terbuka, Asrama Lelaki, Asrama Perempuan, Kuarters F, Dewan Makan, Surau, Jalan & Tempat Letak Kereta, Rumah Pam Air, Sistem Retikulasi Air, Saliran Air Permukaan, Saluran Paip Pembentungan, Pagar & Pintu, Sistem Rawatan Pembetungan serta skop kerja mekanikal dan elektrikal. Projek ini turut Berjaya disiapkan secara 8 in 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina (As-build Drawing)
  4. Operation & Maintenance Manual (O&M)
  5. Siap mengikut tarikh siap semasa
  6. Bomba Fire Certificated (FC)
  7. Occupation Permit (OP diperolehi daripada BDA)
  8. Zero Major Defect

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2 Sarawak selaku Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada Cawangan Kerja Pendidikan (BPP7) dan HODT JKR Malaysia, komitmen yang terbaik dari Kontraktor Utama Samado Sdn. Bhd. serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan projek ini disiapkan dengan jayanya.