Date: Jumaat, Disember 2, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Balai Bomba Dan Penyelamat Trong, Perak telah diadakan pada 30 November 2022 (Rabu) bertempat di Tapak Projek Balai Bomba Dan Penyelamat Trong, Perak.

Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh Ir. Farrid Bin Jamaludin, Jurutera Daerah JKR Daerah Larut, Matang Dan Selama selaku Pegawai Penguasa kepada PKPjB Tuan Azmi Bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Puan Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan JKR Malaysia, YBrs. Tuan Mohd Zaki Bin OmarTimbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Che Ismail, Pengarah Urusan BCI Capital Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama Projekpegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Pasukan Projek JKR, Pasukan Head of Project Team (HOPT) serta Pasukan Kontraktor Utama & NSC.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) selaku Head of Project Team (HOPT) dan projek ini diselia oleh JKR Daerah Larut, Matang Dan Selama selaku Pegawai Penguasa. Pasukan perekabentuk selaku Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik.

Pembinaan projek ini telah bermula pada 28 Oktober 2020 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 26 Oktober 2022.

Skop kerja utama projek ini merangkumi pembinaan Balai Bomba Kategori D 1 Petak, Setor dan Bilik Solat, Rumah Pam dan Tangki Sedut, kerja-kerja sekitar bangunan serta skop kerja mekanikal dan elektrikal. Projek ini turut berjaya disiapkan secara 5 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
  4. Coffee Table Book
  5. Siap awal dari tarikh siap semasa

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Cawangan Kerja Keselamatan dan kontraktor utama BCI Capital Sdn. Bhd. serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.