Date: Rabu, Disember 6, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN CERUN RUNTUH FASA 1 DAN FASA 2 DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR - FASA 2 telah diadakan pada 28 November 2023 (Selasa) bertempat di Rumah Kelab, Istana Negara,  Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani (Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), kepada YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah (Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan & Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri) dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi (Setiausaha Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri), Ir. Shahrulnizam bin Mohd Ishak (wakil daripada Istana Negara), dan Puan Filzah binti Ali Hassan (wakil daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun). Turut hadir sama ke majlis ini adalah Pasukan Projek daripada JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Cawangan Kejuruteraan Cerun, pegawai-pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri, Istana Negara dan Gemilang Kreatif Sdn. Bhd.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Pengurus Program, Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) manakala Pegawai Penguasa adalah Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Gemilang Kreatif Sdn. Bhd. bermula pada 13 Disember 2022 dan telah berjaya disiapkan enam (6) hari lebih awal daripada Tarikh Siap Asal Kontrak. Skop projek ini direkabentuk dan dilaksanakan dengan kaedah pengukuhan menggunakan Soil Nailing, Steelgrid Netting dan Hidromulching serta termasuk kerja-kerja pembinaan sistem saliran di kawasan cerun tersebut.

Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 11 in 1:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As-built drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  4. Siap 6 hari Awal dari Tarikh Siap Asal
  5. Penyerahan Projek pada tarikh CPC
  6. Zero Lost Time Injuries
  7. Zero Major Defect
  8. Coffee Table Book
  9. Mencapai Kepuasan Pelanggan
  10. Penerapan Teknologi Hijau
  11. Penjimatan RM782,012 daripada Kos Siling Projek

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR WPKL, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan pihak kontraktor utama Gemilang Kreatif Sdn. Bhd. serta semua agensi yang terlibat dalam menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan. Sehingga 28 November 2023, enam (6) projek telah diserahkan oleh pihak JKR WPKL kepada agensi pelanggan dan dijangkakan dua (2) projek lagi akan diserahkan kepada pelanggan pada bulan November 2023.