Date: Selasa, Jun 11, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Kolej Vokasional Labuan, W.P. Labuan (Program Conversion Smv Ke Kolej Vokasional 7 Kolej Rintis) telah dilaksanakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Kolej Vokasional Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Tuan Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan), Kementerian Pendidikan Malaysia dan disaksikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya ; YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha,Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sesi penyerahan ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah, Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ Ir Balamurugan A/L A.Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Malaysia; YBrs. Tn Hj. Jamaruslam bin Abdullah, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan; YBrs.Tuan Hj Azman bin Hj Adnan, Ketua Pengarah, Pendidikan Malaysia; YBrs. Ts Zulkernai bin Fauzi, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia; YBrs. Tn Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; YBrs. Muhammad Zulhilmi Bin Jeffry Chan, Pengarah Jabatan Kejuruteraan & Pembangunan, Perbadanan Labuan, Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, pasukan projek dan semua pegawai kementerian pelanggan dan agensi yang terlibat. 

Projek Kolej Vokasional Labuan yang menelan belanja RM24 juta telah disiapkan sepenuhnya pada 20 Mac 2024 dan merupakan pemboleh kepada program transformasi dari Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional (KV) milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan KV yang dijangka memberi impak kepada jumlah enrolmen atau kemasukan pelajar ke Kolej ini. Di samping itu ianya dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada tenaga pengajar dan pelajar dalam usaha KPM memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran selaras dengan Tranformasi Pendidikan Negara.  Projek ini mencakupi pembinaan dan penyiapan satu (1) unit blok tambahan yang akan menempatkan bengkel seni kulinari, bengkel teknologi elektrik high & low voltage, bengkel teknologi kimpalan, bengkel pemesinan industri dan bengkel automatif. Projek ini juga meliputi dua (2) unit blok tandas berpusat, satu (1) unit blok pencawang elektrik, satu (1) unit blok rumah pencegah kebakaran, satu (1) unit blok rumah pam tangki sedut dan kerja-kerja mekanikal serta elektrikal.

Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 7 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:

  1. Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Project Completion, CPC);
  2. Statement of Final Account (⁠SOFA);
  3. Lukisan Siap Terbina (As Built Drawing);
  4. Operational & Maintenance Manual;
  5. Zero Complaints;
  6. Mencapai Kepuasan Pelanggan; dan
  7. Coffee Table Book

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cawangan Kerja Pendidikan, HODT, Pasukan Projek JKR W.P. Labuan serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Syabas dan tahniah diucapkan.