Date: Selasa, September 20, 2022

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Membina Jalan Keluar Masuk dan Tempat Letak Kenderaan Serta Kerja-kerja Berkaitan di Bangunan Ruang Niaga 5 Pintu Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kedaik, Rompin, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 15 September 2022 (Khamis) bertempat di Tapak Projek Membina Jalan Keluar Masuk dan Tempat Letak Kenderaan di Bangunan Ruang Niaga 5 Pintu Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kedaik, Rompin, Pahang

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, YBHG. Dato’ Ir Ts Hafizah Binti Zakaria, DIMP. kepada wakil Pelanggan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ibu Pejabat Kuala Lumpur En Muhammad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosiaekonomi.

Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh Tuan Jurutera Jalan En. Ts Mohd Fazrie Bin Rakmat  selaku Wakil Pegawai Penguasa kepada En Muhammad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosiaekonomi JAKOA  yang disaksikan oleh YBHG. Dato’ Ir Ts Hafizah Binti Zakaria, DIMP. Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.

Majlis diteruskan dengan penyerahan ‘Frame Gambar Projek serta  Lukisan Siap Bina oleh En. Mohamad Firdaus bin Ali, Pengurus Projek Selia Kreatif Sdn Bhd selaku kontraktor utama projek ini kepada En. Ts Mohd Fazrie bin Rakmat, Jurutera Awam Jalan, JKR Daerah Rompin dan seterusnya kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ibu Pejabat Kuala Lumpur sebagai simbolik penyerahan projek ini.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Bahagian Jalan JKR Pahang selaku Pengurus Program dan HOPT dan Pegawai Penguasa Projek ini adalah Jurutera Daerah Rompin. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 15 Disember 2020 dan tarikh siap semasa pada 22 Ogos 2022  dengan kos projek berjumlah RM 1,236,062.00. Kontraktor utama bagi projek ini ialah Selia Kreatif Sdn. Bhd.

Skop kerja yang terlibat adalah pembinaan jalan keluar masuk, penyediaan kawasan tempat letak kenderaan beserta lampu kawasan, sistem saliran dan perabot jalan. Projek ini dapat disiapkan dalam tempoh kontrak walaupun terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui seperti keadaan pendemik Covic-19 yang melanda telah menghentikan semua sector dari beroperasi buat sementara waktu termasuklah sector pembinaan serta isu kenaikan harga bahan binaan. Projek ini berjaya disiapkan secara 4 dalam 1 iaitu:

 

1.    Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang diperakukan pada 22 Ogos 2022

2.    Lukisan Siap Bina

3.    Penyata Akaun Muktamad (SOFA)

4.    Penjimatan Kos Projek sebanyak RM 102,368.23

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT  Bahagian Jalan JKR Pahang, semua HODT, Pasukan Projek JKR Daerah Rompin serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksaan projek ini.