Date: Rabu, Januari 24, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi projek NAIKTARAF RUANG SEDIA ADA KEPADA FARMASI STERIL (BILIK BERSIH), HOSPITAL LABUAN telah dilaksanakan pada 22 Januari 2024 (Isnin) bertempat di Farmasi Steril,Hospital Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs Tn Hj. Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan disaksikan oleh YB. Datuk Seri Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Hj Badioezaman bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Pn Norhaliza binti A Halim, Pengarah Kanan, Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan.

Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tn Hj. Jamaruslam bin Abdullah, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, pegawai-pegawai daripada Hospital Labuan, Cawangan Kerja Kesihatan, JKR W.P. Labuan dan Pasukan Kontraktor.

Projek Menaik Taraf Ruang Farmasi Steril (Bilik Bersih), Hospital Labuan ini telah berjaya disiapkan lima (5) hari lebih awal dari tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang lanjutan masa. Projek yang bermula pada 15 Disember 2021 telah berjaya siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2023 dengan anggaran kos keseluruhan projek bernilai RM6.593 juta.

Dengan adanya ruang ini penjagaan farmaseutikal yang optimum dapat disediakan bagi memenuhi keperluan pesakit. Ruang ini memainkan peranan utama dalam aspek perolehan, penyimpanan dan pengedaran dadah dan bukan ubat (contohnya peralatan perubatan dan barangan yang boleh dibeli) di hospital ini. Antara skop projek yang terlibat adalah kerja-kerja meroboh dan menanggal dinding dan peralatan utiliti sedia ada, kerja bangunan melibatkan pembinaan bilik bersih, bilik sokongan, bilik mekanikal, bilik penyimpanan, kerja mekanikal dan elekrik serta kerja luaran.

Projek ini juga telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 14 dalam 1 yang merangkumi kriteria berikut:
1.    Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2.    Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
3.    Lukisan Siap Bina;
4.    Operation & Maintenance (O&M) Manual;
5.    Projek Siap Awal dari Tarikh Siap Asal Projek;
6.    Projek Siap Tanpa Lanjutan Masa;
7.    Penjimatan Kos Dari Kos Siling Projek;
8.    Zero Lost Time Injury;
9.    Zero Major Defects;
10.  Zero Complaints;
11.  Mencapai Kepuasan Pelanggan;
12.  Pendaftaran Aset Tak Alih & Inventori;
13.  Dokumen Penyerahan (33 Senarai Semak) dan
14.  Coffee Table Book

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cawangan Kerja Kesihatan, HODT, Pasukan Projek JKR W.P. Labuan serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Hastag #JKRLabuanLuarBiasa.