Date: Selasa, Oktober 18, 2022

ISNIN, 17 OKTOBER 2022 – Majlis Penyerahan Pusat Kardiologi Hospital Serdang, Selangor (Reka dan Bina) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Oktober 2022 (Isnin) yang diadakan di Lobi Utama, Pusat Jantung Hospital Serdang, Selangor pada jam 3.00 Petang.

Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh YBrs. Ir. Rahmat Bin Haji Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan) kepada YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui upacara simbolik Penyerahan Replika Kunci Projek yang disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia.

Majlis Penyerahan ini turut dihadiri oleh Pengarah Projek, Pasukan Projek Khas 1, YBhg. Ir. Dato' Roslan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, Dato’ Dr. Asmayani Binti Khalib, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan, Pengarah-pengarah daripada JKR, Pegawai-pegawai Kanan daripada KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pasukan Hospital Serdang, Agensi Kerajaan yang lain dan Pasukan Kontraktor Nadi Cergas Sdn Bhd.

          Projek ini telah bermula pada 06 Mac 2018 dan disiapkan pada 23 September 2022 yang dilaksanakan secara Reka dan Bina di bawah kawalselia Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia dengan kos peruntukan asal sebanyak RM 307,150,190.00. Projek ini mempunyai keluasan tapak 17,725.23 m2 yang terdiri daripada satu (1) Blok Pusat Kardiologi lapan (8) tingkat dan satu (1) Blok tempat letak kereta Sembilan (9) tingkat berserta ruang servis Mekanikal dan Elektrikal.

Pembinaan Pusat Jantung Hospital Serdang ini merangkumi 262 katil dan dilengkapi 4 Kompleks Dewan Bedah termasuk satu (1) Hybrid OT (Angio), lima (5) klinik pakar jantung, lima (5) Makmal Invasif Kardiak (ICL) dan kemudahan peralatan perubatan seperti CT scan 256 Slices, Cardiac MRI 3 Tesla, Angiography biplane system, Angiography single plane system untuk Hybrid OT dan lain-lain peralatan perubatan. Selain itu, blok tempat letak kereta bertingkat yang telah diserahkan secara separa pada 4 Ogos 2022 dengan kapasiti 536 lot parkir kereta termasuk 20 lot parkir kereta khas Wanita dan 7 lot parkir kereta khas OKU. Tempat letak kereta bertingkat ini juga mempunyai ruang servis Mekanikal dan Elektrikal (M&E) seperti 33/11KV Stesen Suis Utama (SSU), genset, chiller plant, medical gas plant room, hot & cold water dan lain-lain.

Projek ini juga telah dapat diserahkan dengan memenuhi kriteria 3 dalam 1;

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As built Drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)

Dengan beberapa pencapaian lain:

  1. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  2. Projek Siap Awal – 5 Hari
  3. Penjimatan Kos Projek melebihi RM 10 Juta daripada kos asal kontrak
  4. Penilaian Kepuasan Pelanggan > 95%
  5. Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) oleh CIDB - 81%
  6. Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pembinaan (SHASSIC) 5 Bintang – 96%
  7. Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Terbaik Tahun 2021 – Anjuran Kementerian Kerja Raya
  8. Penarafan Hijau, pH JKR – 4 bintang
  9. 2,488,016 man/hours without Lost Time Injury (LTI)
  10. Coffee Table Book

Sebagai agensi Teknikal yang mengawalselia projek-projek Kerajaan, JKR Malaysia telah melaksanakan penyeliaan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor (SKALA), Sistem Pemantauan Projek Bergambar (i-Supervision) dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR yang mematuhi piawaian Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) berkaitan dalam sektor pembinaan.

JKR Malaysia sentiasa komited untuk melaksanakan projek dengan amalan pengurusan projek terbaik dan profésionalisme yang tinggi. #togetherwedeliver #deliveringspecialquality

Bersama-sama ini disertakan pautan bagi video Pusat Kardiologi Hospital Serdang, Selangor (Reka dan Bina);

https://www.youtube.com/watch?v=9t_Q39OnKvs