Date: Rabu, Disember 27, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBAIKAN CERUN DI PERUMAHAN PDRM KERAMAT WANGSA, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 30 November 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna JKRWPKL Tingkat 19, Sunway Putra Tower Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani (Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), kepada Yang Berusaha En. Fahrur Razi bin Nasuka (Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri) dengan disaksikan oleh Yang Dihormati ACP Nor Azman Bin Mohd Noor (Ketua Penolong Pengarah (Keselamatan/Sukan/Rekreasi Polis Diraja Malaysia), Supt. Ghazali bin Jusoh (Cawangan Pengurusan Fasiliti, Polis Diraja Malaysia) dan Puan Filzah binti Ali Hassan (Cawangan Kejuruteraan Cerun). Turut hadir sama ke majlis ini adalah Pasukan Projek daripada JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Cawangan Kejuruteraan Cerun, pegawai-pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Kelly Heritage Enterprise.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Pengurus Program, Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) manakala Pegawai Penguasa adalah Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Kelly Heritage Enterprise bermula pada 4 Julai 2022 dan telah berjaya disiapkan pada tarikh siap semasa projek. Skop projek ini direkabentuk dan dilaksanakan dengan kaedah pengukuhan menggunakan interlocking steel sheet pile, capping beam, noil nailing, waller beam dan close turfing serta termasuk kerja-kerja pembinaan sistem saliran di kawasan cerun tersebut.

Projek ini telah berjaya disiapkan dengan pencapaian 6 in 1:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As-built drawing)
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  4. Zero Lost Time Injuries
  5. Coffee Table Book
  6. Penjimatan RM274,408.00 daripada Kos Siling Projek

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR WPKL, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan pihak kontraktor utama Kelly Heritage Enterprise serta semua agensi yang terlibat dalam menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan. Sehingga 30 November 2023, lapan (8) projek telah diserahkan oleh pihak JKR WPKL kepada agensi pelanggan pada bulan November 2023.

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa

cerun PDRM keramat wangsa