Date: Khamis, Julai 20, 2023

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN PEJABAT PENTADBIRAN DI AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) telah diadakan pada 12 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Aras 1, Bangunan Baharu Pejabat Pentadbiran (ASWARA) pada jam 08.00 malam.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur kepada Yang Bhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disaksikan oleh Yang Berusaha, Prof. Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim, Rektor, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai Kanan daripada JKR, MOTAC, ASWARA, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM (ICU) dan Wakil daripada kontraktor utama , Unipenta Sdn Bhd.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) selaku Head of Project Team (HOPT) dan diselia oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa dengan kos kontrak RM 32,554,932.00. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 26 Oktober 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 30 Jun 2023.

Bangunan ini telah dibina dengan menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS) yang terdiri daripada komponen Pre-Cast Beam, Column, Staircase dan Hollowcore Slab. Skop projek ini terdiri daripada pembinaan;

  1. Bangunan Pejabat & Bilik Mesyuarat
  2. Dewan Serbaguna yang boleh menempatkan 200 orang
  3. Kafeteria
  4. Surau
  5. Pembinaan Tempat Letak Kereta & Bas
  6. Pembinaan Bilik Pencawang TNB, Bilik Tangki Air, Lift Motor & Tangki Rainwater Harvesting
  7. Pembinaan Kerja Luaran seperti Pagar, Lanskap, Sistem Pembentungan, Saliran dan Jalan

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 7 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion) – CPC
  2. Penyiapan As-Built Drawing
  3. Statement of Final Account (SOFA)
  4. Penjimatan Kos Projek
  5. Zero Lost Time Injuries
  6. Zero Major Defects
  7. Coffee Table Book

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya kepada pihak pengurusan MOTAC, ASWARA, Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT) & JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pihak kontraktor utama Unipenta Sdn.Bhd bersama-sama pasukan Nominated Sub Kontraktor (NSC) yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan.