Date: Selasa, April 5, 2022
Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Pembinaan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti Dan Alam Sekitar, UUM Colgis telah diadakan pada 2 April 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah 1, UUM Colgis, Sintok, Kedah pada jam 11.30 pagi.
 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. Puan Azlinda Binti Azman, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi dan seterusnya kepada YBrs. Prof. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Lilywati Bt. Manap, wakil Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, YBrs. Tuan Hj. Ibrahim Bin Ahmad, Pengarah JKR Negeri Kedah, YBrs. Ir. Md. Uzairin Bin Saidin, Pengarah Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan, Universiti Utara Malaysia (UUM), YBrs. En Mohd. Shahril Bin Harun, Pengarah Urusan Aliran Ilham Sdn. Bhd., pasukan JKR Negeri Kedah, pegawai-pegawai daripada HOPT dan HODT serta pegawai-pegawai dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengurus Program dan HOPT. Pasukan perekabentuk selaku HODT terdiri daripada Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik. Pengarah JKR Negeri Kedah telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Aliran Ilham Sdn Bhd dengan siling peruntukan berjumlah RM 41,500,000.00 dan harga kontrak sebanyak RM 40,280,000.00 dengan penjimatan sebanyak RM 1.22 juta .
 
Skop kerja projek ini merangkumi Blok Bangunan Akademik (5 Tingkat), Blok Dewan Kuliah (Kapasiti 750 orang), Blok Dapur Latihan (meliputi Hotel Latihan) dan Keperluan Teknikal Lain (Bilik Substation, Bilik Motor Lift dan lain-lain). Projek ini turut berjaya disiapkan secara 10 dalam 1 iaitu:
 
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa, Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengurus Program, barisan pakar HODT JKR, pihak Aliran Ilham Resources Sdn. Bhd. dan Subkontraktor Dinamakan serta semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penyiapan projek ini.