Date: Isnin, November 18, 2024
15 November 2024, Ampang – Majlis serahan projek siap bagi - Kerja-Kerja Naiktaraf Bangunan Sekolah Blok A, B, C & D di SK Taman Nirwana, Ampang, Selangor telah disempurnakan oleh Ir. Mohd. Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor kepada Tuan Hj Azhar Bin A Kadir, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor selaku wakil pelanggan.

Turut menyerikan majlis ini adalah kontraktor utama projek serta Pegawai-Pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana dan agensi lain yang terlibat.

Projek ini merupakan projek yang telah dilaksanakan secara tender terbuka dengan pelaksanaan secara konvensional dalaman dengan kos asal sebanyak RM 1,853,710.00.

Tempoh perlaksanaan yang ditetapkan bagi menyiapkan projek ini adalah selama 28 minggu iaitu bermula 03 November 2023 sehingga 05 Jun 2024. Walaubagaimanapun, atas kekangan penguraian pelajar sekolah, lanjutan masa telah diberikan kepada pihak kontraktor dan pihak kontraktor telah berjaya menyiapkan projek sepenuhnya pada hari ini 15 November 2024, iaitu 3 hari lebih awal dari tarikh siap asal. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor atas komitmen menyiapkan projek ini.

Skop utama projek ini adalah penukaran kerangka bumbung dan bumbung. Projek ini dikategorikan sebagai kriteria siap tujuh (7) dalam satu:
  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  2. Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas CPC (Tarikh CPC adalah Tarikh serahan kepada pelanggan);
  3. Statement of Final Account (SOFA);
  4. Lukisan Siap Bina (As-built Drawing);
  5. Penyediaan Coffee Table Book (Digital);
  6. Operation & Maintenance (O&M) Manual; dan
  7. Tiada Kemalangan Sepanjang Tempoh Kontrak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengurus Program Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, HOPT Bahagian Bangunan JKR Negeri Selangor, HODT JKR Negeri Selangor, Pasukan Projek JKR Daerah Hulu Langat serta kontraktor utama dan subkontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat