Date: Jumaat, March 17, 2017
JKR "PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"
-Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat-
 
Majlis Penyerahan Projek Siap Pembangunan Semula Kuarters Ganti Di atas Plot C, Jalan Cochrane telah diadakan dengan jayanya pada hari Isnin, 13 Mac 2017 jam 9.30 pagi di tapak projek tersebut. Projek ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Projek 4, Cawangan Kerja Bangunan Am 1.
 
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Khairulazli bin Othman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, pegawai-pegawai daripada JPM, Pengurus Pembinaan,Cawangan Kerja Bangunan Am  1, Cawangan-cawangan Pakar JKR, pengurus pembinaan, kontraktor dan perunding-perunding. 
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal Bin Sulaiman, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) yang melahirkan rasa bangga apabila JKR berjaya melakar satu sejarah dengan terbinanya Pembangunan Semula Kuarters Ganti Di atas plot C, Jalan Cochrane.
 
JKR Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini pada Tahun 2013 secara reka & Bina dengan kos projek sebanyak RM220 Juta. Kontraktor yang terpilih adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 
 
JKR selaku agensi pelaksana Kerajaan memikul amanah rakyat untuk  memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.
 
Projek ini telah disiapkan lengkap dengan 3 dalam 1 iaitu Perakuan Siap Kerja (CPC), Perakuan Akaun Akhir (SOFA) dan Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing).
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor  Lembaga Tabung angkatan Tentera (LTAT) kerana telah berjaya menyiapkan projek ini pada tarikh siap semasa dengan hasil kerja berkualiti. 
 
Majlis seterusnya adalah ucapan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri, yang mana beliau telah berpuas hati dengan kualiti pembinaan yang kemas dan baik. 
 
Majlis diteruskan dengan menandatangani Dokumen Penyerahan Projek oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman dan YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri, Majlis seterusnya adalah penyerahan simbolik kunci oleh Kontraktor kepada pihak JKR dan seterusnya kepada Jabatan Perdana Menteri.
 
Para hadirin kemudiannya membuat lawatan dan tinjauan di sekitar tapak projek sebelum bersurai pada jam 11.00 pagi.