Pada 3 Februari 2025, berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Bangunan Tambahan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Patau-Patau, WP Labuan. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan (WP) Labuan kepada YBrs. Tuan Hj Abidin bin Hj Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan dan seterusnya penyerahan kepada YBrs. En Rosli Bin Mohd Ali, Guru Besar SK Patau-Patau.
Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Hj. Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan, Wakil-wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Wakil Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian JKR WP Labuan dan Jabatan Pendidikan WP Labuan serta Pengurus Projek.Projek ini bermula pada 14 Mei 2024 dan siap pada 9 Disember 2024.
Skop projek ini adalah seperti :
- Pembinaan bangunan blok bangunan tambahan prasekolah yang terdiri daripada bilik darjah;
- Ruang makan serta dilengkapi dengan laluan berbumbung;
- Tandas;
- Sistem elektrikal;
- Sistem retikulasi air luaran; dan
- Sistem pembentungan.
Pengarah JKR WP Labuan memaklumkan projek ini adalah satu kebanggaan dan kejayaan yang amat besar bagi JKR WP Labuan kerana ianya diurus sepenuhnya oleh pihak JKR WP Labuan, bermula dari fasa rekabentuk ‘One Off’ yang dilaksanakan secara ‘in-house’, sehinggalah kepada penyiapan projek ini.
Penyerahan projek ini telah mencapai kejayaan serahan 9 dalam 1 yang terdiri daripada:
- Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion (CPC));
- Statement Of Final Account (SOFA);
- Lukisan Siap Bina (As Built Drawing);
- Penyediaan Manual Operasi dan Penyelenggaraan (Operation and Maintenance Manual);
- Zero Lost Time Injury (LTI);
- Zero Complaints;
- Mencapai Kepuasan Pelanggan;
- Videografi; dan
- Coffee Table Book.
Selain itu, JKR WP Labuan sentiasa menyokong penuh usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membangunkan Institusi Pendidikan di Pulau Mutiara Borneo ini. Kejayaan penyerahan projek ini, murid-murid/pelajar-pelajar dapat menikmati peluang menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan kondusif demi mencapai masa depan yang cemerlang dan lebih baik.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 502 bacaan