Date: Jumaat, April 26, 2019

Majlis penyerahan projek siap bagi PROJEK PEMBINAAN PADANG BOLA SEPAK TIRUAN (ARTIFICIAL TURF) telah diadakan pada 23 April 2019 (Selasa) bertempat di Padang Bola Sepak Taman Megah pada jam 11.00 pagi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Muhammad Azman Bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 kepada YBrs. Puan Pinta Zulfitri Bin Mirza Asfian Ketua Seksyen Pembangunan Dan Perolehan, Kementerian Kewangan Malaysia selaku wakil Pelanggan dan seterusnya penyerahan kepada YBrs. Puan Sharifah Nor Bahriah Binti Syed Yahya, Wakil Majlis Daerah Pontian (end user).

Projek Padang Bola Sepak Tiruan di Pontian ini merupakan salah satu daripada tiga (3) buah projek padang bola sepak tiruan yang telah diamanahkan  oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada JKR untuk dilaksanakan. Dua (2) lagi projek iaitu Pembinaan Padang Bola Sepak Tiruan di Kota Bharu, Kelantan dan Padang Bola Sepak Tiruan di Labuan, telah berjaya disiapkan dan diserahkan pada 10 April 2018 dan 15 Oktober 2018. Rekabentuk padang ini telah disediakan oleh JKR secara dalaman dan tidak melibatkan perunding. Kejayaan penyiapan tiga (3) projek padang ini telah membuktikan JKR adalah sebuah agensi teknikal yang unggul dan masih relevan di negara ini terutamanya mereka bentuk dan membina padang bola sepak tiruan yang memenuhi piawaian Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Skop utama bagi projek ini adalah seperti berikut:

  1. Pembinaan Padang Bola Sepak Tiruan (Artificial Turf) dengan luas kawasan keseluruhan 105 meter x 82 meter termasuk Sub-Soil Drainage System;
  2. Menyediakan peralatan padang dan aksesori seperti tiang gol dan tiang bendera;
  3. Membina pagar kawasan termasuk backstop fencing setinggi 6 meter;
  4. Menyediakan laluan pejalan kaki & turfing; dan
  5. Menyediakan tiang lampu, lampu limpah, meter kiosk dan lain-lain sistem elektrik yang berkaitan.

Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 3 Dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 31 Mac 2019;
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA); dan
  3. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual.


Pihak pelanggan amat berpuas hati dengan prestasi JKR selaku agensi pelaksana bagi projek tersebut. Padang bola sepak tiruan di Pontian telah dibina dengan menepati kualiti yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Sedunia, FIFA dengan menepati kualiti pengiktirafan tahap FIFA Satu (1) Bintang.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH diucapkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 1, HODT, JKR Pontian, pihak kontraktor utama iaitu Kejuruteraan Tempua Usaha Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.

JKR “PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN”
-Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat-