Date: Jumaat, Jun 28, 2019

Majlis penyerahan projek siap bagi PROJEK PEMBINAAN PEJABAT PENERANGAN DAERAH PEKAN, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI PAHANG telah diadakan pada 27 Jun 2019 (Khamis) bertempat di Pejabat Penerangan Daerah Pekan pada jam 11.00 pagi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Muhammad Azman Bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 kepada YBrs. Encik Kamarudin Bin Abdul Rani Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia selaku wakil Pelanggan dan seterusnya penyerahan kepada YBrs. Puan Noorhayati binti Abd. Hamid, Wakil dari Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya (pengguna).

Rekabentuk bangunan ini dilaksanakan menggunakan PRE-APPROVED PLAN (PAP), dimana rekabentuk PAP yang pertama telah dibina pada Bangunan Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, Johor dan seterusnya PAP kedua digunakan bagi Projek Pembinaan Pejabat Penerangan di Daerah Pekan ini dan ketiga di Projek Pembinaan Pejabat Penerangan Daerah Rompin.

Projek Pembinaan Pejabat Penerangan Daerah Pekan ini dilaksanakan secara KONVENSIONAL dalaman dengan siling peruntukan sebanyak RM4.5 juta. Projek ini dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah IR Reka Utama Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan asal projek adalah selama 12 bulan yang bermula dari 25 April 2017 hingga 23 April 2018, namun projek ini telah diberikan lanjutan masa dan siap pada 13 Mei 2019 dengan kos projek sebanyak RM3,862,349.27, iaitu penjimatan kos projek hampir RM600 ribu.

Skop projek ini adalah membina Satu Blok Bangunan Dua (2) Tingkat termasuk kemudahan sokongan seperti Sub Stesen TNB, Rumah Sampah serta Parkir Kenderaan.


Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 3 Dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 13 Mei 2019
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA); dan
  3. Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual.
     

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 1, HODT, JKR Negeri Pahang, JKR Daerah Pekan, pihak kontraktor utama iaitu IR Reka Utama Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.

JKR “PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN”
-Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat-